DIARI AKU

BLOG INI HANYALAH CETUSAN RASA DAN PENGALAMA N SAYA DALAM MENJALANI HIDUP SETELAH DI DAPATI POSITIF HIV. IA JUGA BUKAN MEDAN BUAT SAYA MEMINTA SIMPATI DARI SESIAPA ATAU MANA-MANA PIHAK. SEMOGA IA MENJADI SALAH SATU WADAH UNTUK MEMBANTU SERBA SEDIKIT SESIAPA SAHAJA DI LUAR SANA MELALUI BLOG INI.

Wednesday, April 11, 2012

Hey its Me!





Assalamualaikum semua, Mmm beberapa hari ini, aku selusuri balik blog2 teman2 seperjuangan, alhamdulillah makin banyak perubahan dalam blog2 kalian yang sangat berguna buat teman2 seangkatan dalam menempuhi cabaran seharian buat PLHiV ini, terdetik jugak rasa cemburu sebab lama tidak kemaskini blog sendiri hehehe, cemburu sebab ketinggalan untuk menanam saham di akhirat nanti sambil dapat membantu mana yang terdaya oleh aku kepada yang memerlukan...

 Jujurnya sememangnya aku, memilih untuk tidak membuka mana2 blog mahu pun blog sendiri kerana aku cuba tidak mahu mengingati status diri, walaupun aku tahu aku menipu diri sendiri .... Hahaha bayangkan sikap yang mementingkan diri sendiri ini sebenarnya banyak merugikan aku. Rutin seharian adalah kerja semahunya, punya masa bersama-sama keluarga, bercuti di dalam dan luar negara,seolah2 aku mengatakan kepada diri aku, hey look i'm gonna be just fine!! Yes i can do this! Namun jauh di lubuk hati kita semua tahu apa yang di rasa...


 Alhamdulillah setakat ini kesihatan baik , masih lagi menjalani temujanji dengan doktor dan mengamalkan kehidupan yang sihat dengan persekitaran yang bersih... Aku hendak meminta maaf kepada kalian yang menghantar email dan posting pada wall , yang lama aku tidak kunjungi. Maafkanlah diri ini, terasa amat bersalah bila ada email yang penting tetapi tidak berjawab, insyaAllah mohon Allah menetapkan hati dan semangat untuk terus menyumbang walau sekelumit di dalam blog seterusnya.

 Harap teman2 juga tidak berputus asa bersahabat dengan aku, terkadang aku rasa aku hendak buat segala2nya di dalam dunia ini, aku nak mengumpul harta buat keluarga, bina kerjaya dan berjaya serta membantu seramai orang mungkin, pelbagai benda dalam benak ini yang aku rencanakan. Terasa macam hari2 yang di lalui terlalu pendek dan pantas berjalan.


 Alhamdulillah pada saat ini aku amat gembira dengan kehidupan sekarang, punya isteri yang amat memahami dan di kelilingi keletah anak2 yang membesar, perjalanan kerjaya yang memberangsangkan dan tahap kesihatan yang memuaskan, semoga allah memberi aku kesihatan yang baik agar dapat aku menyempurnakan tanggungjawabku kepada keluarga dan diri sendiri terhadap kewajipan ku kepadaNya, agar bila saat aku pulang kepangkuanNya dalam keadaan puas setelah menjalani amanah sebaiknya sebagai suami, bapa, anak, abang, adik, rakan dan yang paling penting menjadi hambaNya yang diredhai.




 Buat teman2 di luar sana , teruskan persahabatan dan perjuangan yang berkah ini kerana ia juga merupakan jariah buat diri kita dan orang di sekeliling kita, tidak rugi membantu sesama kita. Hiduplah dengan bangga , siapa diri kita, apa yang kita ada dan di mana kita sekarang ini adalah kerana Allah memilih hanya insan2 yang terpilih dan istimewa untuk di uji seperti ini agar kita lebih mengenali diri kita dan paling penting kenal diriNya dan kekuasaanNya. Tak perlu bersedih-sedih ya, ini masa untuk kita bangkit melakukan apa yang sepatutnya. Ceria selalu dan jumpa lagi!