DIARI AKU

BLOG INI HANYALAH CETUSAN RASA DAN PENGALAMA N SAYA DALAM MENJALANI HIDUP SETELAH DI DAPATI POSITIF HIV. IA JUGA BUKAN MEDAN BUAT SAYA MEMINTA SIMPATI DARI SESIAPA ATAU MANA-MANA PIHAK. SEMOGA IA MENJADI SALAH SATU WADAH UNTUK MEMBANTU SERBA SEDIKIT SESIAPA SAHAJA DI LUAR SANA MELALUI BLOG INI.

Saturday, July 2, 2011

Sikap Kurang Prihatin.. Aduh Malunya Aku

Assalamualaikum Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman yang agak memalukan yang saya alami ketika hari kedua saya di dapati HIV positif..

Setelah di maklumkan status kesihatan, pagi-pagi selepas menghantar isteri ke pejabatnya, bermacam-macam saya fikirkan, dan dalam kecelaruan dan keserabutan itu saya terfikir untuk mendapat nasihat atau pun kaunseling dari ahli agama , lalu saya memandu kereta menghala ke Masjid Negara dengan harapan untuk mendapat nasihat dari ahli agama atau ustaz, tetapi saya tidak tahu kepada siapa yang saya harus hubungi, saya menghubungi Pejabat Masjid Negara tetapi malangnya pada hari itu hari jumaat dan tiada sesi kaunseling pada hari itu.

Lantas saya terfikir ada baiknya saya menghubungi Jabatan Agama, mungkin saya boleh berjumpa seseorang  yang boleh memberi nasihat dari sudut agama dari Jabatan Agama.. Nasib saya baik saya di beri nama seorang ustaz di Jabatan Agama yang terletak bersebelahan Masjid Negara.

Apa yang saya hendak ceritakan ini adalah setelah saya memberitahu keadaan saya dan bagaimana saya di jangkiti (dengan niat supaya ustaz itu lebih memahami status emosi saya ketika itu).. Ustaz itu telah memberi nasihat yang bagus seperti di suruh bertaubat dan cuba memeberitahu isteri saya dengan cara berhemah.. beserta ayat-ayat dari  Quran.. tetapi malangnya Ustaz ini bercakap seolah-olah saya berada 100 meter darinya.... walaupun sesi itu di dalam bilik ustaz itu, tetapi suaranya boleh di dengar oleh mereka di luar yang sedang bertugas kerana saya melihat mereka memandang kearah kami... ( Bilik dengan tingkap kaca penuh dan dinding panel yang nipis..)

Ya Allah saya berasa amat malu dan berasa orang yang paling berdosa di dalam pejabat itu ketika itu...
Saya kurang pasti samada vokalnya memang sebegitu bila bercakap atau dia terbawa-bawa seolah-olah berceramah di hadapan jemaah di surau atau di masjid..

Bukankah bila seseorang itu datang untuk mendapat nasihat atas sesuatu masaalah , sepatutnya mempunyai etika yang perlu di patuhi.... sebab itu membabitkan peribadi orang yang mendapatkan nasihat.

Selesai sahaja saya mengucapkan terima kasih dan cepat-cepat keluar sambil menundukkan muka kerana mereka di luar turut memandang saya berlalu keluar dari pejabat itu.

Itu lah satu pengalaman yang saya dapat ketika berada di jabatan agama.

10 comments:

  1. Salam,

    Saya masuk ke sini melalui blog AHP.

    Kehidupan ini memang tegar dengan pelbagai ragam manusia. Pertama sekali jika kita ingin melihat dunia ini luas, kita perlu mempunyai sikap berlapang dada dengan semua kerenah manusia.

    Jika kita tidak ada sikap seperti itu, kita akan merasa dunia ini sempit dan jiwa kita selalu tertekan!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,
    sy setuju apa yang insan marhaen katakan.
    cuma nak tergelak pun ada.
    betullah, ustaz tu biasa berceramah hingga xprasan volumenya cenggitu. he3...
    smoga sabar & tabah selalu. :)

    ReplyDelete
  3. salam insan marhaen,

    terima kasih , insyaAllah setiap hari merupakan medan untuk memperkasakan mental dan fizikal buat org seperti kami.

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam,

    hehe ya lah memang agak dia dah terbiasa dah kot.. apa-apa pun,kerahsiaan itu teramatlah pentingnya untuk mengelakkan stigma dari masyarakat . Masa tu baru lagi kusut sikit fikiran. insyaAllah ok.
    terima kasih AHP

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...

    sorry la terbaca blog awk ni..
    sebenarnya sy ni dalam mencari...Allah..
    sy da terlalu lama hanyut...sekarang pon hidup dalam tak tentu arah bila teringat dosa2 lalu...bimbang tersangkut HIV ni....masa tu apa pon tak ingat...nafsu yg pandu arah....sekarang ni hanya mampu berdoa kepada Allah mohon keampunan dan diberi peluang untuk memperbaiki diri..mohon kepada Allah dijauhkan sebarang penyakit...masa ni la rasa takut sgt2 dengan DIA...menyesal dengan kesilapan yg dah dibuat...nak tanya..Ujian darah selalu nya berapa lama boleh tau result ? patut dibuat berapa kali sehingga kita pasti dengan result ujian tu..?

    ReplyDelete
  6. Anonymus

    Waalaikumussalam,

    Tak mengapa blog ini memang untuk tatapan semua, Alhamdulillah terbukanya hati tuan untuk mencari Allah, cari lah DIA,bergurulah dengan guru yang muktabar.. jiwa yang kosong bagaikan bahtera yang terumbang-ambing dilautan gelap yang penuh bergelora tanpa kemudinya.. carilah insyaAllah jika setapak kita mencari, beribu tapak Allah akan memudahkan kita mengenaliNya..

    Yang lepas tu, biarlah ia berlalu, tidak guna dikenang-kenangkan, sentiasa bersangka baik kepada Allah, DIA Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang, Ingat... Kasih SayangNya Melampaui daripada KemurkaanNya terhadap MakhlukNya... Berhadaplah Hati kita menghadad Allah, kerana Dia sentiasa suka mendengar dan kasih kepada HambaNya yang bertaubat..

    Selalunya kalau ujian darah dibuat di klinik swasta, result boleh diketahui dalam masa 3 hari, di hospital kerajaan saya tidak pasti... Rasanya tuan boleh pergi ke HKL dan menjalani ujian darah tanpa perlu memberi nama sebenar kepada mereka.. ini apa yang di beritahu kepada saya oleh rakan-rakan saya dulu sebelum saya di diagnose.

    Ujian elok lah di buat dua kali untuk kepastian, Virus HIV punya tempoh pengeraman selama 6 bulan sebelum dia menzahirkan dirinya di dalam darah..
    Jadi ikut pada kali terakhir anda ada terdedah kepada virus ini..

    Harap dapat menjawab persoalan anda. dan saya ingin meminta maaf kerana mengabil terlalu lama untuk membalas entry anda.

    Saya mendoakan semoga anda menemui apa yang anda cari dan sentiasa sihat. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  7. Assaalamualaikum saudara Anonymus,

    Tenangkan fikiran , kalau tak mahu tunggu 6 bulan , 3 bulan pun ok juga. Anyway saudara must buat paling kurang 2 kali test untuk pastikan diri saudara selamat.

    Kalau kat Hospital paling cepat 2 minggu itu pun tak kira kalau contoh darah saudara tak hilang atau result hilang. Saya dah bosan dgn kerenah hospital yang kerap kali ada saja yang tak kena bila nak serve result.

    Kalau di Pulau Pinang , bila kita disahkan positive , mereka akan memberitahu pusat kesihatan Daerah pula di bahagian kawalan HIV daerah. hasilnya akan ada seorang Inspektor Kesihatan ( yang membuat kajian dan pegang kes ini untuk kaunseling supaya kita tak spread Virus kat org Lain).
    Mula2 tu mcm nak marah , kenapalah hospital yang mulanya janji kata benda ni semua rahsia tetapi ada org talipon saya tanya yang nak jumpa untuk bincang pasal HIV.terasa mcm satu dunia dah tahu......

    Rupanya nama saya dah di beri kepada kelinik kesihatan yang terdekat di bahagian siasatan. betul2 rasa malu , mcm pesalah pula. Kita dgn rela hati dtg ke hospital tetiba ada skuad lain pula yang buat pantauan supaya kita tak spread kat orang.

    Saya tak tahu adakah orang lain , saudara atau sesiapa saja akan melalui nasib seperti saya tapi hakikatnya sudah berlaku.

    Mulanya mcm nak marah da kecewa juga tapi kita kena think positif jua , siapalah kita.

    salam kasih
    Fareez fauzi

    ReplyDelete
  8. Fareez Fauzi,

    Rasanya semua kes ID akan direfer begitu.. sy punya kes pun sama juga, yang paling gerun dioang cakap akan datang rumah untuk beritahu pada pasangan bahawa kita ada HIV..

    Namun atas budi bicara dioang bagi masa supaya kita beritahu sendiri kepada pasangan..

    ReplyDelete
  9. Ustaz-ustaz kita perlu lebih berhemah, berhikmah dan fleksibel dalam memberi nasihat kepada mereka yg memerlukan. Dakwah mesti kene pada tempatnya dan kumpulan sasaran. Kalau isu sensetif dan menyentuh maruah peribadi seseorang, perlu berhati-hati supaya tidak menjatuhkan maruah orang lain.

    Teringat satu kisah yg berlaku ketika zaman Nabi Musa A.S. Ketika itu berlaku kemarau yg panjang kepada Bani Israel. Mereka (70 ribu orang) menemui Nabi Musa agar Nabi Musa berdoa kepada Allah agar diturunkan hujan.

    Lalu Nabi Musa berdoa kepada Allah agar diturunkan hujan. Tetapi Allah berfirman bahawa dihadapan kumpulan itu terdapat seorang yang telah melakukan maksiat selama 40 tahun dan Allah tidak akan menurunkan hujan sehinggalah lelaki tersebut keluar dari kumpulan manusia tersebut.

    Nabi Musa menyeru agar lelaki tersebut keluar. Lelaki tersebut serba salah dan berkata dlm hatinya bahawa jika aku keluar, maka terbukalah segala kejahatannya. Dia memikirkan maruah keluarganya dan berasa sangat insaf dan malu lalu dia bertaubat.

    Tiba-tiba, hujan turun walaupun lelaki tersebut tidak keluar. Nabi Musa bertanya kejadian itu kepada Allah lalu Allah berfirman Aku tidak menurunkan hujan disebabkan lelaki tersebut dan Aku menurunkan hujan pada hari ini juga adalah disebabkan lelaki tersebut. Allah berfirman lagi, dahulu, ketika dia melakukan maksiat, aku tidak pernah membuka aibnya. Dan Allah tidak sesekali akan membuka aib hamba-Nya yang telah bertaubat.

    Daripada kisah ini, jelas walau sebesar mana pun kejahatan manusia itu, sekiranya dia telah bertaubat, jgn dibesar-besarkan kisahnya kerana akan mengaibkan dia. Siapa kita untuk mengaibkan orang sedangkan Allah pun tidak mengaibkan hamba-Nya. Tapi, dalam kes ni, mungkin ustaz tu tak perasaan, dia telah meninggikan suaranya secara tak sengaja (bersangka baik).

    ReplyDelete
  10. Hakimi,

    Terima kasih tuan, ya saya fikir begitu juga , mungkin ustaz itu tidak perasan dgn frekuensi suara dia dan saya percaya dia tidak berniat utk memalukan sesiapa...

    Terima kasih atas kisah Nabi Musa a.s itu sgt menyenangkan dan dpt ilmu pula. Alhamdulillah

    ReplyDelete