DIARI AKU

BLOG INI HANYALAH CETUSAN RASA DAN PENGALAMA N SAYA DALAM MENJALANI HIDUP SETELAH DI DAPATI POSITIF HIV. IA JUGA BUKAN MEDAN BUAT SAYA MEMINTA SIMPATI DARI SESIAPA ATAU MANA-MANA PIHAK. SEMOGA IA MENJADI SALAH SATU WADAH UNTUK MEMBANTU SERBA SEDIKIT SESIAPA SAHAJA DI LUAR SANA MELALUI BLOG INI.

Monday, July 4, 2011

Hidup Penuh Semangat

Salam semua,


Hari ini saya hanya ingin berkongsi video yang saya selalu tengok untuk menaikkan semangat yang kadang-kadang al-maklum kita ini manusia ada pasang surutnya untuk meneruskan cita-cita walaupun telah dapat menerima keadaan diri ini .

Walau apa pun cabaran dan keadaan yang kita sedang hadapi, pandanglah dari sudut yang membina, jangan cuma hanya melihat kekurangan yang ada, lihatlah kelebihan yang kita ada untuk terus maju di dunia dan akhirat.

Jangan pernah berputus-asa atas segala ujian dan cabaran hidup ini, kerana terlalu banyak yang perlu di capai dan di tuju. Jangan jadikan HIV satu sebab untuk kita melemahkan diri dan hanya mengharap di kasihani. HIV tidak menghalang cita-cita anda. Jangan biarkan diri terperangkap dalam kesedihan dan hanya mengenang masa lalu yang sudah pasti tidak akan boleh di ubah. Tetapi kita bisa menentukan perjalanan kita untuk esok hari .. dengan izin yang Maha Kuasa. InsyaAllah.

Bangunlah kawan dan sahabat sekalian. Nikmati dan kecapilah nikmat yang Allah telah sediakan buat kita di dunia ini. Bangun untuk hidup yang lebih bermakna, punya kerjaya, masa depan dan keluarga.

                                               

2 comments:

  1. pkongsian yg smakin positif & hebat.
    teruskn pjuangan.

    p/s- shbt cuba betulkn setting waktu ikut time KL dibhgian setting blog. skang ni kalau xslh ikut time pacific

    ReplyDelete
  2. terima kasih sahabatku,

    mengambil dari semangat tuan juga, banyak lagi kerja-kerja pembaikan yang harus di lakukan di blog saya ini.

    ok dah tukar time setting. terima kasih tuan :)

    ReplyDelete