DIARI AKU

BLOG INI HANYALAH CETUSAN RASA DAN PENGALAMA N SAYA DALAM MENJALANI HIDUP SETELAH DI DAPATI POSITIF HIV. IA JUGA BUKAN MEDAN BUAT SAYA MEMINTA SIMPATI DARI SESIAPA ATAU MANA-MANA PIHAK. SEMOGA IA MENJADI SALAH SATU WADAH UNTUK MEMBANTU SERBA SEDIKIT SESIAPA SAHAJA DI LUAR SANA MELALUI BLOG INI.

Saturday, July 2, 2011

Keputusan Ujian Darah Pertama Isteriku

Assalamualaikum semua,

Kiranya hampir sebulan saya tidak meletakkan sebarang post di laman saya ini, bukannya apa.. cuma agak takut ada yang tersalah anggap dengan apa yang saya kongsikan terhadap luahan saya sebagai mencari simpati dan sebagainya. Demi Allah sekelumit pun tidak pernah terbit di hati ini untuk berbuat demikian, blog ini adalah diari hidup saya, kalau ada yang baik ambillah sebagai pelajaran dan yang buruk di jadikan sempadan.

Alhamdulillah bacaan pertama darah isteri saya menunjukkan yang dia bebas dari HIV, ini berdasarkan hampir 6 bulan saya tidak menyentuhnya.... setelah saya tahu kedudukan kesihatan saya dulu.
Bayangkan derita yang isteri terpaksa tanggung, akibat saya terlalu fobia walaupun menggunakan " pelindung getah keselamatan"..

Setelah keputusan di ketahui, bertambah lapang dada saya dalam menjalani hari-hari seterusnya... prestasi kerja saya meningkat dan lebih bersemangat untuk membina kerjaya yang agak stagnant sejak awal tahun ini.

Sekarang kami lebih banyak berbincang hala tuju keluarga kami, Misi dan Visi dalam berkeluarga dan mendidik anak-anak, saya praktikkan sistem yang di gunakan di pejabat saya. Iaitu jika di dalam sesebuah syarikat sudah tentu punya Visi dan Misi masing-masing di dalam mengembangkan syarikat. Begitulah intipati yang saya gunakan iaitu sesebuah keluarga juga perlu ada Visi iaitu Matlamat dalam berkeluarga, kemana  keluarga kami yang hendak di hala tujukan arahnya baik untuk dunia atau akhirat, dan apakah Matlamat atau pun Pengharapan dari Visi ini.

Apakah Misinya pula iaitu aktiviti atau plan bertindak yang perlu dilakukan supaya Visi kami tercapai.

Bulan ini kami akan ke HSB lagi untuk membuat ujian darah kali kedua buat isteri saya, kerana ujian kedua ini akan menentukan samaada isteri saya benar-benar bebas dari HIV, kerana virus ini mempunyai tempoh pengeraman selama 6 bulan sebelum ia menunjukkan dirinya di dalam darah seseorang.
Walaupun kaunselor di HSB mengatakan status isteri saya boleh di katakan "clean" berdasarkan kali terakhir hubungan kelamin di adakan, namun untuk lebih kepastian ada baiknya di jalankan pemeriksaan kedua.

Moga kalian di luar sana turut mendoakan keselamatan isteri dan keluarga saya.

Terima kasih
Hamba Yang Hina Lagi Fakir
Mencari Kasih

11 comments:

  1. alhamdulillah, syukur.
    sy tumpang gembira.
    teruskan perjuangan. jgn cepat mengalah dgn segala mcm ujian.

    ReplyDelete
  2. alhamdullillah, insyaAllah perjuangan tetap diteruskan.sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan kita semua.

    ReplyDelete
  3. macam mana boleh kena hiv?simpati dgn kamu...byk bersabar cuma itu yg mampu diucap...

    ReplyDelete
  4. EE,

    terima kasih, bagaimana kena? cukuplah saya katakan daripada kesilapan masa lalu.. atau EE boleh baca entry terdahulu saya..

    ReplyDelete
  5. Insyallah.... semoga semuanyer berjalan lancar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Waqar, alhamdulillah semuanya telah lancar...

      Delete
  6. alhmdulillah.... smoge smuenye selamat yaa

    ReplyDelete
  7. ala..elek lah..kena hiv bukan nya leh mati pun..kalau mati pun sebab benda lain..atau penyakit lain..saya ni relaks je..happy buat dek je..nak stress sangat pun tak guna..sebab kita yang HIv positif tak kan mati sebab hiv..

    ReplyDelete
  8. Salam. Sy ada buat test darah melalaui lab kt klinik tentera. Result positif. Tp bila sy buat pakai rapid test, negatif. Sy keliru mana stu. Adakah sy terjangkit. Tolong sy 

    ReplyDelete
  9. Azuan Naruto, result melalui lab adalah lebih tepat.

    ReplyDelete