DIARI AKU

BLOG INI HANYALAH CETUSAN RASA DAN PENGALAMA N SAYA DALAM MENJALANI HIDUP SETELAH DI DAPATI POSITIF HIV. IA JUGA BUKAN MEDAN BUAT SAYA MEMINTA SIMPATI DARI SESIAPA ATAU MANA-MANA PIHAK. SEMOGA IA MENJADI SALAH SATU WADAH UNTUK MEMBANTU SERBA SEDIKIT SESIAPA SAHAJA DI LUAR SANA MELALUI BLOG INI.

Wednesday, June 8, 2011

Pada Syurga Di WAjah Mu

Assalamualaikum semua,




Alhamdulillah telah selesai membawa isteri berjumpa kaunselor pagi semalam, kini hanya menunggu penuh debaran keputusan ujian darah pada hari rabu depan yang di ambil ketika di HSB tadi.
Semoga Allah menjauhi musibah kepada isteri saya. Amin Ya Rabbal Alamin .

Sekarang adalah masanya untuk saya memberi segala sokongan dan perhatian kepadanya dalam menghadapi realiti hidup kami ini. Banyak lagi fasa-fasa baru yang akan kami tempuhi.. insya-Allah saya akan sentiasa berada di sisinya .

Isteri tetap tenang dan masih memberi saya semangat agar meneruskan hidup seperti biasa dan menjaga kesihatan.. walaupun tenang saya tetap tidak mengambil mudah akan keadaan dia yang kelihatan menerima keadaan ini...
kerana saya tahu, kami amat memerlukan antara satu sama lain untuk memberi semangat demi sebuah kehidupan ,keluarga dan kasih sayang...

Syukur alhamdulillah kepada Allah kerana mempermudahkan buat saya dengan penerimaan isteri.
Suami mu ini akan tetap disamping mu hingga ke akhir hayat ini..
Semoga Syurga lah untukmu nanti wahai isteri ku..





4 comments:

  1. "Isteri tetap tenang dan masih memberi saya semangat agar meneruskan hidup seperti biasa dan menjaga kesihatan.. walaupun tenang saya tetap tidak mengambil mudah akan keadaan dia yang kelihatan menerima keadaan ini...
    kerana saya tahu, kami amat memerlukan antara satu sama lain untuk memberi semangat demi sebuah kehidupan ,keluarga dan kasih sayang..."

    tepat sekali!

    sama2 kita berdoa semoga isteri sahabat bebas daripada virus ini, inysa-Allah....

    ReplyDelete
  2. terima kasih tuan. insya-Allah amin.

    ReplyDelete
  3. my whole support to you.
    take it all positively, Tuhan telah membuka pintu untuk kembali kepada jalan yang betul.

    goodluck

    ReplyDelete
  4. Terima kasih En Azman,

    InsyaAllah, semoga Dia mengekalkan hati yang menghadapNya setelah di beri Hidayah dan petunjuk...

    ReplyDelete