Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda di luar sana, maaf kiranya terdapat banyak kelemahan di dalam blog ini, kerana ini adalah pertama kali saya menulis blog..
Bagi saya blog ini lah catatan hidup saya yang saya ingin kongsi buat mereka yang senasib atau panduan dan tauladan supaya jangan terjebak dengan virus HIV ini... Besar harapan saya supaya anda di luar sana dapat berkongsi jua nasihat dan pendapat buat saya dan mereka yang berjuang untuk hidup setelah di sahkan HIV.. semoga jasa baik anda di balas sejuta rahmat dan kebaikkan buat tuan-tuan nanti , insyaallah..
Hari ini hampir 4 bulan saya di sahkan HIV positif, pertama kali saya mendapat tahu saya menghidap HIV, saya rasa segala isi langit dan dunia jatuh menghempap ke kepala saya, gelap hitam kabur kelam, degup jantung bagai terhenti,nafas tak mampu di hela, lutut longlai dan sememangnya itu adalah hadiah paling rmahal yang pernah saya terima sepanjang 36 tahun bernafas di bumi yang fana ini, kerana hari lahir saya cuma dua tiga hari bakal menjelang ketika itu.
Air mata berkaca tanpa dapat di tahan-tahan dan bagai anak kecil yang kehilangan ibu, saya menangis di hadapan doktor sambil di fikiran bagai terbuka segala helaian gambar satu persatu terbayangkan wajah anak-anak yang masih kecil dan isteri yang sentiasa sabar dengan kerenah saya selama ini......
Perasaan takut, bersalah, berdosa, sesal, sedih semuanya bercampur baur... saya hilang punca.. di saat itu terlintas ada baiknya nyawa ini terus di cabut daripada menghadapi penyakit ini....
Sambil berfikir Ya allah ini lah balasan nya buat diri ini, yang sentiasa tewas kepada bisikan syaitan dan nafsu... saya tewas dan tewas dan tewas......
Baiklah biar saya ceritakan siapa diri saya dan bagaimana saya di jangkiti penyakit ini,
saya anak ke empat daripada 8 adik beradik, dan sejak dari kecil saya sentiasa tahu saya berbeza daripada adik beradik yang lain....
Saya lelaki tetapi mempunyai naluri yang kuat terhadap kaum sejenis.... dalam erti kata lain saya gay, mungkin ini ujian saya yang Allah berikan untuk saya... atau mungkin saya mengalami kekeliruan identiti sejak dari kecil lagi seawal umur saya 4-5 tahun lagi rasanya kerana saya belum bersekolah lagi ketika itu, di mana saya rapat dgn makcik saya, dan dia gemar memakaikan saya dgn pakaian kakak2 saya dan mendandan saya dgn alat mekap nya... ya saya masih ingat lagi detik itu. kemudian saya gemar memakai baju kakak saya dan berdandan... alhamdulillah tabiat itu tidak lama apabila sy menjejakkan kaki ke sekolah...
tetapi perasaan terhadap lelaki tetap ada...
Di pendekkan cerita saya membesar dgn dua personaliti berbeza, satu lelaki normal di kaca mata org luar.. tetapi di dalam saya menjerit jerit meronta ingin melawan fitrah yg ada...
Saya berkahwin dgn satu2nya wanita yang berjaya menambat hati saya, dan saya percaya ini semua ketentuan tuhan... namun sepanjang perkahwinan kami , kami lebih banyak bertengkar berbanding berkomunikasi... walaupun telah di kurniakan empat anak.... dan saya tahu saya tidak berlaku adil kepadanya ..... setiap kali saya bertengkar saya menjadikkan itu satu modal untuk saya berlaku curang di luar bersama lelaki.. saya berasa puas membalas dendam terhadapnya dgn membuat perkara yg trlarang itu... berulang2 kali.... saya semakin hanyut dgn nafsu saya... di tambah lagi dgn pergaulan rakan seangkatan (gay)...
walaupun saya menjalankan tanggungjawab makan pakai anak2 dan isteri di rumah .. saya tetap melayani nafsu syaitan ini tanpa mengenal hari... saya jadi ketagih seks lelaki.... Ya Allah ya tuhanku terlalu lemah dan dgn senang saya melayan bisikan nafsu .... tiap kali saya melakukan maksiat , saya akan menyesal dan rasa berdosa kpd tuhan dan keluarga.... tapi bila keinginan itu timbul saya tetap melakukannya...
Setelah di sahkan HIV, saya gagahkan diri mencari sokongan daripada pihak kesihatan dan badan2 ngo yang sentiasa membantu orang-orang seperti saya..
Kenapa saya kata saya mendapat hidayat selepas HIV?.....
kerana buat pertama kalinya dalam hidup saya.. baru saya rasa betapa dunia ini penuh seribu kenikmatan dan rahmat serta kebesaran tuhan... saya mula kenal kembali tikar sejadah.. saya mencari guru agama yang boleh membimbing kembali rohani saya yang telah lama kelam dan hilang....
Buat pertama kalinya saya berjemaah sekeluarga di rumah bersama anak2 yg kecil itu dan isteri saya...
kalau dulu saya rasa malu untuk menjadi imam di rumah, kerana saya tidak banyak menghafal ayat2 lazim, tetapi kini itu bukan pokok nya lagi....
Sedikit demi sedikit saya dapat menerima hakikat yang diri ini adalah HIV positif.. dan saya perlu hidup dan terus hidup untuk membesarkan anak2 dan menjadik tempat buat mereka dilindungi, dirmanja dan di belai....
saya perlu hidup untuk mereka untuk melihat anak2 membesar, bekerja, mendirikan rumahtangga dan melihat cucu saya nanti... saya perlu terus hidup untuk melindungi dan menyayangi isteri saya yang sentiasa setia berkorban selama ini....
Alhamdulillh...mungkin ini caranya untuk Allah menyedarkan saya dan kembali kepada jalan yang Dia redhai sebelum mata ini tertutup dan kembali kepangkuanNYA sebagai hambaNya yang mukmin....
Saya banyak membaca kitab2 agama untuk menguatkan semangat dan sebagai panduan selain dari berguru dengan seorang ustaz mengenai agama ....
Saya lebih banyak mensyukuri nikmat allah, sentiasa memandang baik setiap kejadiaan yang telah di tentukan oleh Allah... baik berupa kenikmatan mahu pun musibah...
Allh ada berfirman lebih kurangnya begini, Jika seseorang hambaNya datang kepadaNya dgn Dosa setinggi langit dan seisi perut dunia skali pon, namu jika dia bertaubat maka sesungguhnya akan Allah ampunkan dosa hambaNya itu, selagi hamba itu tidak melakukan dosa syirik...
Saya melihat musibah yang datang ini telah mendekatkan diri saya kepada Azza wajjalah dan mereka di sekeliling saya..
Hidup di dunia ini hanya pinjaman, yang kekal hanyalah Amal yang akan kita bawa di alam seterusnya..
Berjuta nikmat yang allah telah kurniakan selama ini kepada saya... diambilnya satu daripada saya, tetapi saya masih ada beribu2 lagi nikmat yang ada seperti anggota tubuh badan, keluarga, udara untuk bernafas dsbgnya...
Segala yang berlaku di dalam hidup kita telah tercatat di alam loh mahfuz lagi iaitu ketika kita di alam roh lagi... iaitu siapa ibu bapa kita, adik beradik kita, siapa isteri/suami kita, anak2 kita... nikmat dan dugaan yang akan kita tempuhi dan sebagainya.... musibah dan nikmat ini merupakan dugaan anak adam , dimana Allah menguji sejauh mana keimanan hambaNya ketika hidup di dunia ini....
Maka walau bagaimana kita mengelak skali pun, kita tetap akan menempuh benda yang telah ditetapkan oleh NYa...... terserah kepada hambanya untuk memilih jalan penyelesaiannya samada putih atau pun hitam... jika putih berbahagia lah di akhirat sana... jika hitam maka azab lah yang menunggu....
Ketentuan ini merupakan Qada dan Qadar di dalam rukum iman... maka sekiranya menidakkan ketentuan tuhan bererti menidakkan Allah itu sendiri.....
Dilema saya sekarang bagaiman ingin memberitahu berita ini kepada isteri secara bijaksana dan supaya dia boleh menerima keadaan ini dan juga membawa dia melakukan pemeriksaan darah... Nauzubillah semoga allah menjauhi musibah ini dari isteri dan anak2 saya....
Jam pun dah masuk pukul 5pagi.. subuh hampir menjelang.. cukup lah buat masa ini catatan hati saya buat kali ini...
di harap anda diluar sana dapat memberikan nasihat dan pandangan kepada saya dan mereka yang senasib seperti saya...
Jangan lah memandang serong kepada seseorang itu walau dalam apa keadaan sekali pun.. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. wallahualam
Sekian .. Wasalam
MencariKasih
Assalamualaikum saudari. Melalui cerita saudari ceritakan di atas sungguh menyentuh perasaan saya. Saya harap saudari tabah untuk meneruskan hidup. Mengenai kenyakinan & kejujuran saudari untuk menceritakan pada isteri sedikit pendapat saya saudari ceritakannya pada masa yang sesuai dan ketika saudara dan isteri sahaja yang ada. Jika tidak keberatan bolehkah saudari menceritakan bagaimana tiba-tiba saudari ingin melakukan pemeriksaan HIV saudari dan adakah mempunyai gejala-gejala tertentu yang membuatkan saudari ingin membuat pemeriksaan doktor.
ReplyDeleteApa pun saya berdoa yang terbaik untuk saudari.
Amin.
Waalaikumussalam media,
ReplyDeleteTerima kasih untuk doa anda buat saya dan kerana sudi meluangkan masa melawat ke laman blog saya serta memberi nasihat buat saya untuk berdepan dgn isteri saya, terima kasih semoga allah juga merahmati anda sekeluarga. amin
Ya pastinya saya tidak keberatan untuk berkongsi pengalaman bagaimana saya tergerak untuk menjalani pemeriksaan HIV..
Sejak beberapa lama saya perasan terdapat ruam bintik-bintik merah di lengan dada dan di bawah ketiak saya.. pada mulanya saya fikirkan mungkin kulit saya jenis yang sensitif, kerana saya gemar berbaring di lantai marmar rumah saya, pada fikiran saya itu mungkin kesan alahan habuk...
Sehinggalah pada suatu petang ketika saya tidur, saya bagaikan mendapat alamat mengenai penyakit ini, di mana saya bermimpi di datangi arwah2 keluarga saya, iatu nenek, ibu dan adik saya... mereka datang dan hanya melihat saya tanpa ada sebarang reaksi di wajah2 mereka.....
kemudian di dalam mimpi itu jugak saya bermimpi saya di bedah sehinggakan terasa begitu realistik sehingga saya terasa kesakitannya benar. saya menjerit sekuat hati sehingga terjaga..
selepas itu saya seringkali bermimpi mengenai HIV....
selepas tidak tahan di hantui oleh mimpi HIV itu saya terus menjalani pemeriksaan... dan kemudian keputusannya adalah positif....
Saya harap jawapan saya dapat menjawab kepada soalan anda media.
Di sini saya harap media dapat menghebahkan blog saya kepada rakan2 yang di rasakan boleh membantu atau sedikit sebanyak dapat di bantu, sekiranya senasib seperti org seperti kami ini.
terima kasih
Salam Bang,
DeleteNak Tanya juga, selain bintik2 ada x juga symptom2 lain yg dtg? adakah bintik2 itu byk dan gatal serta lama d badan abang?
TQ
Terima kasih di atas penerangan saudari. Nampaknya Allah lebih sayangkan saudari dengan memberitahu melalui mimpi. Insyallah saya cuba hebahkan blog saudari ini. Saya ada melihat satu laman web sedikit sebanyak mungkin dapat membantu saudari dari segi kaunseling atau apa jua masalah. Saudari boleh membuat carian dengan menaip PT Foundation di Google atau www.ptfmalaysia.org.
ReplyDeleteSaya ada juga mendengar cara untuk menyembuhkan penyakit HIV dengan mengunakan enzim sejenis cicak di panggil "Cicik Tokek". Namun bukti dan kebersanannya masih masih samar atau kurang jelas bagi saya. Saudari boleh membuat kajian atau mendapatkan maklumat dengan mengunakan enjin pencarian seperti "google".
Salam hormat dari saya. Semoga saudari lebih ceria dan tabah menanti hari-hari yang akan datang.
Assalamualaikum
walaikumussalam dan Terima kasih kembali media, saya ada berjumpa kaunselor di PT tetapi belum berpeluang pergi ke perjumpaan yang di anjurkan sebulan sekali di sana.
ReplyDeleteTerima kasih di atas sokongan anda, hanya allah dapat membalas jasa baik tuan. amin
saya simpati dan sedih membaca rintihan rasa saudara mencari kasih.
ReplyDeleteMaaf lambat membaca blog anda kerana baru terjumpa.
Sebenarnya saya juga mempunyai kisah sedih yang agak panjang unutk diceritakan tapi nasib kita lebih kurang sama.
fareez fauzi
menitis air mata sy mbaca.sedihnye tak tertahan rasanye.sya doakan anda semoga kuat dan tabah menghadapi ujian ni.
ReplyDeleteFareez : tidak mengapa, barang yg lepas tak perlu di kenang , pandang dan terus berjalan kehadapan
ReplyDeleteLaila : terima kasih atas doa anda, saya juga mendoakan kesejahteraan buat laila dan keluarga
semoga ALLAH berikan yang terbaik untuk tuan..blog tuan memberikan inspirasi kepada saya agar mensyukuri nikmat ALLAH walaupun betapa beratnya ujianNYA :(
ReplyDeleteAamiin, alhamdulillah qeMal, memang itu tujuannya blog ini di dirikan... Untuk bersama2 ingat mengingati... Yup pentimg mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada tak terhitung banyaknya...
DeleteSalam ceria
Terharu.... bila difikirkan ujian saya tidak seberapa dianding insan lain... apa pun semoga kita saling dapat membantu antara satu sama lain....
ReplyDeleteYup Waqar,
DeleteSebab itu kita selalu kena pandang ke bawah dan atas iaitu... Kalau kita rasa kita susah ramai lagi susah dari kita, atau kita rasa kita senang maka terlalu ramai lagi senang dari kita...
Pendeknya kita harus sentiasa bersyukur atas apa yang kita ada....
Mengeluh? Jangan sekali k.
Hidup mesti ceria :)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBuat Mencari Kasih...saya suka baca entry dari blog2 seperti ini...memberi pengajaran dan membuat saya lebih mendekati diri dgn Allah SWT...alhamdullillah..semoga kita semua mdpt rahmat dariNYA
:)
Saya doakan saudara terus tabah....InsyaAllah pasti ada ganjaran yg menanti. Jangan putus asa. Mungkin ini adalah tiket untuk saudara menempah tempat di syurga. Amin
ReplyDeleteSesungguhnya Allah turunkan musibah hanya untuk hamba yang disayanginya. Saya melalui pelbagai dugaan dlam hidup sya. Lahir dlam keluarga yang bermasalah wlaupu sudah lapan belas tahun sya berkahwin namun ibu saya selalu cuab menpengaruhi saya. Dugaan bukan hanya datang dari ibu kandung sendiri tapi sekarang dari adik-beradik dan zuriat saya....terlalu kecewa..namun saya berpegang bahwa dunia ini adalah landasan untuk saya berebut syurga hanya sabar, usaha dan tawakal......aku tidak layak untuk syurgamu namun aku tidak mampu menanggung azab nerakamu Ya Allah
ReplyDeleteSesungguhnya Allah turunkan musibah hanya untuk hamba yang disayanginya. Saya melalui pelbagai dugaan dlam hidup sya. Lahir dlam keluarga yang bermasalah wlaupu sudah lapan belas tahun sya berkahwin namun ibu saya selalu cuab menpengaruhi saya. Dugaan bukan hanya datang dari ibu kandung sendiri tapi sekarang dari adik-beradik dan zuriat saya....terlalu kecewa..namun saya berpegang bahwa dunia ini adalah landasan untuk saya berebut syurga hanya sabar, usaha dan tawakal......aku tidak layak untuk syurgamu namun aku tidak mampu menanggung azab nerakamu Ya Allah
ReplyDelete