DIARI AKU

BLOG INI HANYALAH CETUSAN RASA DAN PENGALAMA N SAYA DALAM MENJALANI HIDUP SETELAH DI DAPATI POSITIF HIV. IA JUGA BUKAN MEDAN BUAT SAYA MEMINTA SIMPATI DARI SESIAPA ATAU MANA-MANA PIHAK. SEMOGA IA MENJADI SALAH SATU WADAH UNTUK MEMBANTU SERBA SEDIKIT SESIAPA SAHAJA DI LUAR SANA MELALUI BLOG INI.

Wednesday, April 11, 2012

Hey its Me!





Assalamualaikum semua, Mmm beberapa hari ini, aku selusuri balik blog2 teman2 seperjuangan, alhamdulillah makin banyak perubahan dalam blog2 kalian yang sangat berguna buat teman2 seangkatan dalam menempuhi cabaran seharian buat PLHiV ini, terdetik jugak rasa cemburu sebab lama tidak kemaskini blog sendiri hehehe, cemburu sebab ketinggalan untuk menanam saham di akhirat nanti sambil dapat membantu mana yang terdaya oleh aku kepada yang memerlukan...

 Jujurnya sememangnya aku, memilih untuk tidak membuka mana2 blog mahu pun blog sendiri kerana aku cuba tidak mahu mengingati status diri, walaupun aku tahu aku menipu diri sendiri .... Hahaha bayangkan sikap yang mementingkan diri sendiri ini sebenarnya banyak merugikan aku. Rutin seharian adalah kerja semahunya, punya masa bersama-sama keluarga, bercuti di dalam dan luar negara,seolah2 aku mengatakan kepada diri aku, hey look i'm gonna be just fine!! Yes i can do this! Namun jauh di lubuk hati kita semua tahu apa yang di rasa...


 Alhamdulillah setakat ini kesihatan baik , masih lagi menjalani temujanji dengan doktor dan mengamalkan kehidupan yang sihat dengan persekitaran yang bersih... Aku hendak meminta maaf kepada kalian yang menghantar email dan posting pada wall , yang lama aku tidak kunjungi. Maafkanlah diri ini, terasa amat bersalah bila ada email yang penting tetapi tidak berjawab, insyaAllah mohon Allah menetapkan hati dan semangat untuk terus menyumbang walau sekelumit di dalam blog seterusnya.

 Harap teman2 juga tidak berputus asa bersahabat dengan aku, terkadang aku rasa aku hendak buat segala2nya di dalam dunia ini, aku nak mengumpul harta buat keluarga, bina kerjaya dan berjaya serta membantu seramai orang mungkin, pelbagai benda dalam benak ini yang aku rencanakan. Terasa macam hari2 yang di lalui terlalu pendek dan pantas berjalan.


 Alhamdulillah pada saat ini aku amat gembira dengan kehidupan sekarang, punya isteri yang amat memahami dan di kelilingi keletah anak2 yang membesar, perjalanan kerjaya yang memberangsangkan dan tahap kesihatan yang memuaskan, semoga allah memberi aku kesihatan yang baik agar dapat aku menyempurnakan tanggungjawabku kepada keluarga dan diri sendiri terhadap kewajipan ku kepadaNya, agar bila saat aku pulang kepangkuanNya dalam keadaan puas setelah menjalani amanah sebaiknya sebagai suami, bapa, anak, abang, adik, rakan dan yang paling penting menjadi hambaNya yang diredhai.




 Buat teman2 di luar sana , teruskan persahabatan dan perjuangan yang berkah ini kerana ia juga merupakan jariah buat diri kita dan orang di sekeliling kita, tidak rugi membantu sesama kita. Hiduplah dengan bangga , siapa diri kita, apa yang kita ada dan di mana kita sekarang ini adalah kerana Allah memilih hanya insan2 yang terpilih dan istimewa untuk di uji seperti ini agar kita lebih mengenali diri kita dan paling penting kenal diriNya dan kekuasaanNya. Tak perlu bersedih-sedih ya, ini masa untuk kita bangkit melakukan apa yang sepatutnya. Ceria selalu dan jumpa lagi!




29 comments:

  1. ya, ini yang kita mahu dan tunggu!
    syukur alhamdulillah doa dimakbulkan.
    selamat berjuang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sahabat AHP, atas doa tuan, diri ini juga mendoakan tuan dan sekalian komuniti sentiasa kuat dan tabah! Selamat berjuang juga!

      Terima kasih menjadi inspirasi buat kami!

      Delete
  2. Ayuh! kita berjuang :)

    ReplyDelete
  3. teruskan menulis.

    kisah kisah kalian sebenarnya membuatkan kami yang membaca ni lebih bermuhasabah diri dan lebih menghargai hidup.

    ReplyDelete
  4. Shahirahkhairudin,

    Terima kasih atas sokongan, selain dapat memberi sedikit kesedaran tentang perjalanan PLHIV, sekurang2nya adalah tempat kami mengurangkan tekanan, dan curahkan isi hati ataupun info di dalam blog supaya dapat membantu atau di jadikan sempadan di masa hadapan, ya setuju! Hargailah kehidupan kita ini, setiap peluang dan nikmat di sekeliling kita panjatkan kesyukuran kepadaNya. Ceria selalu!

    ReplyDelete
  5. salam,

    saya doakan agar saudara n family hidup bahagia hingga ke Jannah insyaAllah..saya juga mempunyai nasib yg serupa dgn isteri saudara cuma yg membezakan antara isteri saudara dengan saya adalah saya belum mendirikan rumah tangga..saya masih sygkan tunang sy dan masih memberikan beliau peluang untuk berubah..kini dengan kuasa Allah perkahwinan kami tidak dapat dilangsungkan..sy memberi keputusan untuk menangguhkan perkahwinan ini..tunang sy mengucapkan ribuan terima kasih pd saya kerana masih menerima dia dan beri dia peluang utk berubah..cuma hati sy sedihh dan terluka walau terlalu mencintai dia..

    ntah la..saya x dapat nak explain apa yang sy rasa..begitu sedihh dan sayang pada tunang saya..cuma sy x akan henti berdoa pada Allah yang Maha Esa untuk tunang saya berubah..kerana dunia ini hanya sementara dan hargai org yang syg pada kita selagi Allah izinkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang faham perasaan adik tu.

      Adik masih bernasib baik kerana belum mempunyai apa2 ikatan yang sah dgn tunang adik tu. memanglah kita akan berasa sedih , kesal dan sukar nak buat keputusan. Pada pandangan abang eloklah adik menangguhkan dahulu perkahwinan tersebut.

      Fikir dulu masak2 , kalau dia betul2 mencintai dan sayangkan adik dia mesti berubah dgn perubahan yang drastik. Bukan mudah mencintai sesaorang yang punya perasaan dua alam , terawang2 dan tidak berpijak dibumi nyata yang mana akhirnya makan hati berulam jantung.

      Adik perlu berunding dan tunang adik itu dan buat kata muafakat sebelum mendirikan rumahtangga. Kalau dah terlanjur berkahwin lain cerita tapi perlu juga ada kata putus cuma jangan paksa. Benda ini terlalu kompleks tapi adik perlu mempertahankan hak dan tujuan sebenar adik dalam mendirikan rumahtangga dan zuriat masa depan.

      Fareez fauzi

      Delete
    2. Salam annonymus,

      Terima kasih atas doa annonymus, saya juga mendoakan kesejahteraan kepada awak dan keluarga hingga membawa ke syurga.... Aamin insyaAllah

      Hmmm annonymus.... Pada hemat saya, Annonymus harus percaya kepada Rahmat dan Kasih Sayang Allah, bak kata pepatah omputeh Things Happen For A Reason...

      Setiap kejadian itu ada rahmat di sebaliknya, dan Allah mengurniakan kepada kita manusia keistimewaan iaitu......AKAL...

      begitulah istimewanya kita sebagai makhluknya ....

      Ada sebab kenapa Dia meletakkan Hati annonymous kepada tunang dan sebaliknya, mungkin dia bakal menjadi kebun syurga buat anda sekiranya anda mampu membimbing dia kepada kejadian azali iaitu kemahuan sebagai lelaki yang di tuntut di dalam islam...
      Namun perjalanannya akan penuh onar dan berduri... Jalan ke syurga itu sendiri akan banyak likunya dengan cabaran dan dugaan hawa nafsu dan bisikan syaitan untuk kita menyimpang ke tempat selain dari syurga....

      Namun kita di berikan AKAL untuk menilai baik dan buruk sesuatu itu, sekiranya annonymous untuk memilih untuk tidak bersatu dengan si dia juga pada hemat saya tidak mengapa.... Kerana pilihan adalah di tangan anda, salah satu kriteria kita untuk mencari jodoh juga adalah pasangan kita mestilah yang beriman akan dapat membimbing kita.

      Buang perasaan jauh-jauh untuk rasa bersalah atau rasa mementingkan diri sendiri, kerana anda mempunyai hak terhadap hidup anda dan masa hadapan anda. Dan pada saya anda harus mementingkan diri sendiri untuk kebahagian masa depan anda.

      Cinta dan kasih sayang itu boleh di pupuk kembali, percayalah sedangkan seorang anak yang kematian ibu sekalipun akan terubat rluka kehilangan ibunya apabila masa berlalu inikan pula kasih antara dua insan yang belum bersatu.

      Saya bercakap atas dasar pengalaman saya... Bukan untuk rasa menyesal saya berkahwin malah saya bersyukur atas rahmat yang allah kurniakan kepada saya iaitu seorang wanita suci menjadi peneman hidup saya... Namun di masa yang sama saya byk melukakan hatinya dgn apa yang telah terjadi...... Pernah saya terfikir sekiranya dahulu saya tidak berkahwin mungkin saya tidak perlu membebankan isteri saya sekarang dgn apa yg dah terjadi....

      Namun harus di ingat setiap kejadian itu telah lama tertulis rezeki, maut dan ajal kita... Maka mesti percaya Qada dan QadarNya.... Setiap insan ada bahagian masing2 di dunia ini sebagai ujian untuk ke alam sana...

      Nasihat saya buatlah istikharah selalu minta di beri petunjuk buat anda....

      Saya mendoakan anda sentiasa di beri Rahmat dan Kasih Sayang oleh Nya

      Delete
  6. Thanx abg Fareez Fauzi,

    Untuk makluman abg, kedua2 belah family dah tahu..n mereka hormati keputusan sy utk tangguhkan perkahwinan ni..sepanjang tempoh penangguhan ni sy x henti berdoa agar diberi pertolongan yg terbaik buat sy Dan tunang..sekarang tunang dlm window period HIV..sy resah n takot jika tunang sy dijangkiti virus ini..jika Allah menentukan kami tiada jodoh tapi sy tetap tidak mahu dia sakit..

    Saya pernah terfikir kenapa masih menerima dia n memberi dia peluang lagi..adakah sy memg diciptakan utk membuatkan tunang sy berubah?..perkara ini menghantui sy..tapi sy serah pada Allah agar semua yg berlaku adalah yg terbaik..

    Untuk pengetahuan abg, tunang sy berubah setelah membuat akuan sumpah lakhnat di masjid..dia kata dia nak berubah Dan x mahu kehilangan saya n family dia..

    Sekarang adalah tempoh utk kami berdua menjarakkan diri n mendekatkan diri pada yang Maha ESA. Tiada apa yg saya inginkan melainkan ingin dia berubah.

    Semoga semua umat islam di dunia ini yg menzalimi diri sendiri kembali insaf Dan bertaubat nasuha pada Allah yang Maha Kuasa..ingatlah..janji Allah buat hambaNya di akhirat kelak adalah benar..saya menangis bila mengenangkan kita sebagai hamba ni yg ingkar atas arahanNya..

    Semoga kita mendapat Hidayah Dan petunjuk dr Allah swt..insyaAllah..

    Thanx semua :,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Annonymous, harap apa2 pun keputusan ujian darah tunang anda saya doakan supaya kalian tabah.

      Delete
  7. Salam en. Mencari Kasih,

    Thanx sebab memberikan pandangan tentang masalah yang saya hadapi. Saya sekarang hanya mengharapkan bantuan Allah lagi perihal jodoh saya dengan tunang saya.

    sekarang saya nampak tunang saya sudah jauh berubah menjadi lebih baik, tetapi saya masih berdoa dan minta lagi petunjuk Allah.

    saudara Mencari Kasih, saudara mempunyai isteri yang sangat penyayang dan baik..dan saya yakin isteri saudara tidak akan menyesal mengahwini saudara. Insyaallah pahala yang besar daripada Allah buat saudara dan isteri saudara.

    Allah memberi ujian buat kita bukanlah sesuatu yang sia2..setiap kesabaran kita dan kekuatan iman kita untuk melawan nafsu syaitan ini akan Allah berikan ganjaran pahala yang besar. Sesungguhnya janji Allah itu benar belaka.

    terima kasih sekali lagi buat saudara. saya tidak akan berhenti berdoa kerana walaupun sekiranya saya bukan ditakdirkan jodoh dgn tunang saya pun saya tetap tidak mahu tunang saya melakukan perkara yang dibenci oleh Allah dan kelak akan membinasakan diri sendiri.

    InsyaAllah setelah apa yang berlaku ni saya harap tunang saya benar2 berubah dan insaf atas segala perbuatan dia.

    Salam n thanx again.

    ReplyDelete
  8. Salam. Encik Fareez,
    I am your silent reader, I follow every entries updated by you, Your blog menyebabkan saya sangat menghargai hidup dan insan2 yang berada disekeliling saya. Your strength, your strong attitude, good judgement buat saya hormat pada anda. Positif dalam dugaan yang Allah beri, no word can express my respect for those HIV positive patients. Anda tidak minta dijangkiti tapi anda tabah menghadapi. Saya akan bersahabat dengan anda semua kerana mengenali anda semua melalui blog mengajar saya all positive attitudes towards life & future. Salam ukhwah

    ReplyDelete
  9. Hidup penuh dengan dugaan dan perjalanan kita masih jauh.. bila sampai masanya perjalanan pun terhenti.. tapi selagi tak sampai penamat kita strugglelah untuk teruskan hidup kita.. wallahuam.. :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualakum.. saya satu lagi mangsa nafsu diri sendiri...2 hari lepas keadaan yang mengakibatkan diriku terjerumus ke lembah durjana...ini kerana hasil si penjual ayam menawarkan ayam kepadaku ketika lewat malam dibilik..entah kenapa terdetik dihatiku untuk menuruti turutan nafsuku tanpa akal fikiran yang waras...ini kali pertama aku membuat hubungan dengan perempuan lain...gds ini didatangkan dari jakarta...kata bapak ayam itu, memaksa diriku ini percaya...
    Berlakulah agenda tidak sangka ku sanggup buat dgn gadis yang ku tidak kahwini...ketika belayar... tiba2 kondom yang dipakai olehku pecah tiba2...ketika alat sulitku masih di faraj gadis tersebut...sesungguhku aku tidak menyangka yang aku sanggup menyarung kembali kondom baru bak meneruskan perkata terkutuk ini...selepas semuanya selesai aku memberikan apa yang mereka minta sebelym ini...wang...
    Inilah masaku terjerumus ke lembah paling dalam sedalamnya...jjauh dari kemulian mu ya allah...
    Hari ini, aku pergi ke klinik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klinik yang tidak pernah ku pergi sebelum ini...walaupun aku mempunyai benefit kemudahan rawatan pesakit luar di klinik2 tertentu, namun aku mencari klinik yang tidak pernah mengenali diriku sebelum ini...dr yang bertugas islah owner klinik itu iaitu chinese doctor..

      Aku memberanikan diriku membuat ujian hiv, tapi katanya masih terlalu awal untuk tentukan kerana virus mungkin masih belum tonjolkan diri dalam darah...
      Memohonku utk dtg lagi 2 minggu untuk ujian HIV...
      Saat ini aku rasa takut yang amat sangat dan tidak tahu nasibku untuk 2 minggu lagi...

      Bolehka kiranya ada AHP menasihati hala tujuku selepas nie...kerana kerja serta perkara dunia sudah tidak menarik minatku lagi...
      Yang bermain di benak fikiranku hanyalah memikirkan kenapa begitu bodoh aku debel6m nie...kerana kepuasan sementara aku sanggup jadi mcm org gila seperti ini...
      Aku pasrah padamu ya allah...aku sudah bertauvat nasuha...
      Kawan2x tolonglah memberikan semangat kepadaku untuk mengatakan ianya semua mimpi buruk, dan bergetar isi hatiku mengatakan result test hiv itu berkesudahan -ve...
      Siapa yang tahu, melainkan Allah yang satu...aku bertaubat (:...

      Delete
  11. Bila kita tau pada permulaan mcm2 perasaan ada sedih malu dsbg
    saya masih.lg dlm tempoh kemurungan xtau nak buat apa tanpa kaunseling or teman berbicara
    baca blog yg ada kdg kala tenangkan perasaan kdg kala kecewa
    bantui saya
    jejaka keliku mus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jejaka keliku mus & mencari kasih,

      Dulu sy rajin bc blog berkaitan hiv ni. Lama stop & sekarang start semula.

      Bila byk2 bc komen...sy faham perasaan semua org coz sy pun hiv+.
      Sy nak share apa yg sy buat sejak tahu sy hiv+ since 2004.

      Mula2 terkejut & otak jem. Lama2 ok...sbb ada kawan2 bg support.
      Sy mohon pd DIA...temukan hamba MU ini dgn penawar. Tetiba sy terjumpa flyers tentang 4life TRANSFER FACTOR. Sy bc testimonial & cuba supplement tu. Dos tinggi sy cuba & dos rendah pun sy cuba. Sy cuba sbb supplemnt ni boleh tingkatkan imun. Bila imun kita ok...ok lah kita.

      Bila check up...doktor kata...jg kesihatan. Suggestion xdak. Mungkin xnak ambik risiko. Bila ambik dos tinggi CD4 naik 1000++. Doktor pulak tanya...u buat apa CD4 naik? Sy ckp TRANSFER FACTOR. Dr senyap jer.

      Sampai sekarang sy ambik TF. Alhamdulillah...CD4 maintain & checkup setahun 2 kali. Supplement ambik...control diri jgn stress lah. Bila nak pergi checkup...maku sure bdn rasa sehat. Kalau period pun...CD4 rendah. Bila result keluar rendah...kita makin stress.

      Sy bkn nak iklan supplement ni. Just nk share apa yg sy buat utk sakit sy. Sy pun bli dari org lain.

      Nak tahu lebih lanjut...tgk2 lah website 4life. Yakin...cuba dulu. Tgk kesannya. Sy hanya nak membantu mereka yg buntu...

      Wassalam
      T_83

      Delete
    2. Macam nak dapat kan TF tu?? Kalau kita focus on herb n tanpa ambik ubat doc, tak pe ke?

      Delete
  12. My kiԁѕ have strеp from timе to time.
    Thеy frequently еѕtablish rash which lоoks scaгy but goes away fast.

    I gueѕs thаt's the scarlet fever. I do think antibiotics really should not be abused. Maybe that is why young ones nowadays are so weak for the reason that each time there is certainly any bacterial infection, antibiotic is introduced, lowering our organic immunity. So next time around we're forced
    tο гely οn аntibiοticѕ simply
    beсause our ѵery own іmmunity аre unablе
    to manage. In sеrious сonditions antibiotics may be іmρortant but only in sеriouѕ situatiοns.
    Some pеrsons maу ρerhaps believe some stгеp symptоms would not οccuг if antіbіοtiсѕ can be
    adminіstered but hoω do u aсtuаllу know.
    This is often absolutely nоthing else thаt mere asѕumptiоn.
    Help you save antibioticѕ for sevегe
    situationѕ otherωisе try to rely on your
    oωn іndiviԁuаl immunity. Juѕt make
    certain that u сonsumе nutritious meаls to giѵe your boԁy fuel it wantѕ to strugglе with the tough
    time.

    My hοmераgе - Continue Reading

    ReplyDelete
  13. Useful info. Lucky me I discovered your website accidentally, and I am stunned why this accident did
    not happened in advance! I bookmarked it.

    My weblog Video Production

    ReplyDelete
  14. Good day! This post couldn't be written any better! Reading through this post reminds me of my good old room mate! He always kept chatting about this. I will forward this write-up to him. Pretty sure he will have a good read. Thank you for sharing!

    Look into my web-site hello world - dorianresearch.com -

    ReplyDelete
  15. Thanks for finally writing about > "Hey its Me!"
    < Loved it!

    My web page; Sexy Naked Male - -

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum..saya nak minta pandangan dan pendapat.saya sudah bertunang dan didalam masa bertunang saya baru dapat tahu yang saya hiv positif hasil dari kesilapan lampau saya bersama teman lelaki lama saya. Saya dah suruh tunang saya membuat ujian darah,dan keputusan nya negetive. Tetapi saya pernah bersama berhubungan ngan tunang saya selama 2 tahun. Saya rasa dia berisiko untuk dijangkiti. Tetapi ujian darah yang dia buat adalah negetive. Apa pendapat anda? Adakah dia berisiko untuk dijangkiti atau jikalau dia dah negetive dia mmg tidak akan dijangkiti? Saya betul2 buntu sebab saya takut jika selepas kami putuskan pertunangan,tiba2 nanti dia didapati positif. Bantu lah saya didalam membuat keputusan masa terdekat ini.atau adakah saya perlu meminta diberikan masa...

    ReplyDelete
  17. Semoga empunya blog dan keluarga sentiasa bahagia dan sihat2 dan mereka yang punya hiv di darah mereka terus tabah dan positif. Esok masih ada untuk kita memperbaiki kelemahan diri.
    Mereka yang punya lifestyle yang berisiko..semoga berubah menjadi insan yang lebih baik.
    Kita ambil iktibar dari pengalaman saudara2 kita..

    ReplyDelete
  18. Masih ada lg ke blogger ni??

    ReplyDelete
  19. Entah.. menyepi sudah..

    ReplyDelete
  20. Masih ada lagi smua ni??? Sy nak tanya soalan

    ReplyDelete
  21. As salam..masih ada ke?

    ReplyDelete