DIARI AKU

BLOG INI HANYALAH CETUSAN RASA DAN PENGALAMA N SAYA DALAM MENJALANI HIDUP SETELAH DI DAPATI POSITIF HIV. IA JUGA BUKAN MEDAN BUAT SAYA MEMINTA SIMPATI DARI SESIAPA ATAU MANA-MANA PIHAK. SEMOGA IA MENJADI SALAH SATU WADAH UNTUK MEMBANTU SERBA SEDIKIT SESIAPA SAHAJA DI LUAR SANA MELALUI BLOG INI.

Wednesday, June 8, 2011

Pada Syurga Di WAjah Mu

Assalamualaikum semua,




Alhamdulillah telah selesai membawa isteri berjumpa kaunselor pagi semalam, kini hanya menunggu penuh debaran keputusan ujian darah pada hari rabu depan yang di ambil ketika di HSB tadi.
Semoga Allah menjauhi musibah kepada isteri saya. Amin Ya Rabbal Alamin .

Sekarang adalah masanya untuk saya memberi segala sokongan dan perhatian kepadanya dalam menghadapi realiti hidup kami ini. Banyak lagi fasa-fasa baru yang akan kami tempuhi.. insya-Allah saya akan sentiasa berada di sisinya .

Isteri tetap tenang dan masih memberi saya semangat agar meneruskan hidup seperti biasa dan menjaga kesihatan.. walaupun tenang saya tetap tidak mengambil mudah akan keadaan dia yang kelihatan menerima keadaan ini...
kerana saya tahu, kami amat memerlukan antara satu sama lain untuk memberi semangat demi sebuah kehidupan ,keluarga dan kasih sayang...

Syukur alhamdulillah kepada Allah kerana mempermudahkan buat saya dengan penerimaan isteri.
Suami mu ini akan tetap disamping mu hingga ke akhir hayat ini..
Semoga Syurga lah untukmu nanti wahai isteri ku..





Monday, June 6, 2011

TOLONG SAYA!!

Salam semua,

Di sini saya benar-benar mengharapkan tips-tips ,bahagimana harus saya membuka bicara mengenai status saya kepada isteri saya...

Telah berbulan-bulan sejak penghujung Oktober 2010 sy diagnosed, saya hilang kata2 tiap kali saya ingin berterus terang kepada isteri saya... bantulah saya...

Untuk pengetahuan, pada ketika ini alhamdulillah saya telah pun dapat menerima keadaan diri saya, cumanya sy tidak sanggup untuk menghancurkan hati isteri dengan berita ini.. walaupun saya tahu itu adalah tanggungjawab saya untuk memberitahu hal sebenar kepadanya.

Di sebabkan saya masih lagi merahsiakan status , saya seringkali mengelakkan diri dari melakukan hubungan kelamin sejak awal tahun ini dan kali terakhir kami melakukannya isteri berasa pelik kerana tiba2 saya berkeras menggunakan kondom dgn alasan tidak mahu menambah  zuriat lagi buat masa ini , dan ia amat menyiksakan kedua belah pihak....

Soalannya perlukah saya menceritakan hal sebenar dari mana saya dapat virus ini?
atau saya hanya beritahu telah di jangkiti tanpa tahu dari mana .. (yang sy pasti sy akan terus berasa berdosa terhadap isteri kerana tidak berterus terang dgn ikhlas).Matlamat sya adalah untuk memberitahu status saya dan kemudian membawa dia berjumpa doktor untuk ujian darah.

Saya benar2 berharap ada yang dapat memberi pendapat buat saya .

wasalam


Terima kasih
@mencari kasih