DIARI AKU

BLOG INI HANYALAH CETUSAN RASA DAN PENGALAMA N SAYA DALAM MENJALANI HIDUP SETELAH DI DAPATI POSITIF HIV. IA JUGA BUKAN MEDAN BUAT SAYA MEMINTA SIMPATI DARI SESIAPA ATAU MANA-MANA PIHAK. SEMOGA IA MENJADI SALAH SATU WADAH UNTUK MEMBANTU SERBA SEDIKIT SESIAPA SAHAJA DI LUAR SANA MELALUI BLOG INI.

Wednesday, September 21, 2011

ROLLER COASTER



Assalamualaikum semua,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin, harap tidak terlewat lagi walaupun dah masuk minggu ketiga Aidilfitri. Berpuasa sudah, beraya belum habis lagi sebab banyak lagi jemputan rumah terbuka bersusun untuk aku hadiri,Terima kasih juga aku nak ucapkan kepada mereka yang mengucapkan selamat Ramadhan dan menjengah blog aku ini.

Mmm ok lah, rasanya sudah dua bulan semenjak aku last post entry kat sini, lama sangat dah aku tidak buka blog ini, kenapa ek? Sebabnya adalah Roller Coaster . Kenapa Roller Coaster?

Rasanya semua orang tahu hidup kita ini bukan semuanya indah ada turun dan naik nya dalam hidup, macam kita naik roller coaster tuh sekejap naik, sekejap turun, sekejap mengiring ke kiri, sekejap mengring ke kanan, lepas itu terbalik pulak kepala kebawah kaki keatas dengan kelajuan entah berapa puluh atau ratus kilometer sejam, sambil kita tertawa, tetiba menjerit sebab takut dan kekadang ada yang sampai menangis sebab terlalu takut sampai tapak kaki dan tangan sejuk dan berpeluh-peluh dan paling nasib tidak baik ada kes pula sampai mati sebab sakit jantung sebab takut atau terkejut  dek penangan pergerakkan roller coaster yang laju itu.

Begitulah juga dengan aku, dalam mengharungi kehidupan sebagai pembawa HIV, aku sedaya mungkin menjalani hidup senormal mungkin maksudnya keluar berkerja  mencari rezeki, balik rumah sebagai bapa dan suami, bawa keluarga keluar bersiar-siar dan makan angin, senaman pergi gym, bercampur gaul dengan rakan-rakan,jiran-jiran dan ahli kariah di rumah..

Bagi aku HIV itu sudah cukup berat untuk aku hadapi dalam hidup dan rasanya tidak mampu lagi untuk aku hadapi pelbagai lagi dugaan yang datang..

Itu yang aku rasa tempoh hari, dalam menjalani hidup penuh motivasi dan semangat, ada masanya aku lemah juga, ada pasang surutnya, sekejap bersemangat sekejap kurang semangat.. ialah dalam semangat-semangat itu, jauh di sudut hati terpendam satu perkataan HIV, walaupun ia bukan hukuman mati buat pembawa, kadang-kadang aku tidak dapat mengelak untuk memikirkan hari esok untuk aku dan keluarga.

Beberapa hari sebelum Ramadhan tempoh hari, aku di duga dengan pelbagai dugaan di tempat kerja dan dugaan-dugaan lain yang datang serentak, menyebabkan emosi aku amat terganggu... tidak perlu lah aku ceritakan apa masaalahnya disini. tetapi pada ketika itu aku rasa memang amat tidak mampu menanggung segala-galanya pada satu waktu yang sama. Umpama sudah jatuh di timpa tangga...

Di burukkan lagi dengan perwatakan aku yang Sanguine.. Orang berkarektor Sanguine ini sangat terkesan dengan emosi, Jika Emosinya gembira, segala benda dalam dunia ini dia boleh capai, namun jika Emosinya terganggu, dia akan menarik turun segala semangat, menjadi moody, pemarah dan memendam rasa yang tidak lepas-lepas dan memakan diri, Menjejaskan banyak aspek kehidupan dari pergaulan dan kesihatan.

Jadinya bila Emosi aku terganggu di tambah pula dengan jiwa yang masih hijau, aku menjadi terlalu stress, aku dapat migrain, menjadi seorang pemarah, kadang-kadang aku tidak tahu dari mana datangnya api kemarahan itu, aku menjadi marah dan marah dan marah.. dan mula menyalahkan segala-galanya. Aku mula lupa bahawa Allah masih lagi menduga aku hambaNYA, setakat mana aku mampu menghadapi ujianNya.. 

Rasanya emosi aku memang terkesan sepanjang ramadhan lalu.. aku menjadi "denial", tidak mahu melihat sebarang artikel atau mendengar mengenai HIV.. aku shut down semua sistem yang menghala ke arah pendedahan HIV/AIDS.

Adakah ini masih lagi Pasca selepas diagnosed HIV? Yang aku sangka aku telah pun menerima keadaan aku sebagai pembawa HIV?  aku pun tidak tahu, sering isteri aku mendapat tempias akibat gejolak yang ada di dalam lubuk hati aku,aku menjadik sensitif pada butir kata yang isteri aku ucapkan... walau kadang dia juga tidak mampu menahan kerenah aku, tetapi dia tetap sabar dan tidak putus asa cuba memberi aku semangat kembali. Terima kasih sayang kerana pengorbanan mu, kadang-kadang perasaan marah dan kecewa itu datang secara tiba-tiba dan membuak-buak.

Kerana stress yang berpanjangan aku menjadi takut untuk pergi temu janji darah di hospital, kerana aku takut CD4 aku jatuh dan aku takut terpaksa memulakan ubat jika di nasihatkan doktor.

Begitulah gelora yang aku hadapi sepanjang dua bulan lalu, alhamdulillah selepas syawal emosi aku beransur-ansur stabil, aku dan isteri sedaya upaya merayakan Aidilfitri ini segembira mungkin bersama anak-anak.

Walaupun aku terlewat dua minggu untuk temu janji mengambil darah, namun tempoh hari selepas temu janji bersama doktor aku masih tidak perlu mengambil ubat lagi kerana CD4 aku meningkat naik 2 kali ganda semenjak aku di diagnose.Alhamdulillah.
Sebaliknya aku terpaksa memberi darah sekali lagi pada hari yang sama, kerana doktor dapati bacaan pada Liver/hati ada agak kurang memuaskan, dan aku tidak di galakkan untuk mengambil protein tambahan untuk rutin senaman aku di gym sehingga bacaannya kembali normal...

Pelajarannya yang boleh aku simpulkan adalah , memang kita manusia sentiasa tidak lepas dari melakukan kesilapan, memang itu sifatnya keturunan Adam ini, sentiasalah meminta kepadaNya dan sentiasa bersangka baik terhadap segala ujian yang diberikan, terdapat hikmah di sebalik semua yang aku hadapi ini. Jangan pernah berputus asa terhadap Rahmat dariNya. Dia Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu. Walaupun pada ketika dan saat yang kita fikir kita tidak mampu hadapi, namun masaalah dan dugaan tidak akan kekal selamanya. Ia akan pergi seperti angin lalu tanpa kita sedari.

Pandang terus kehadapan dan buat sesuatu yang bermakna untuk diri anda dan keluarga.

Buat Pembawa HIV seperti aku, dapatkanlah bimbingan dan sokongan dari mana-mana pusat yang mengendalikan kes seperti kita, atau sentiasa berhubung sesama kita supaya kita membina kekuatan dalaman sesama kita, kerana bagi aku, kita memang memerlukan sokongan yang berterusan. INGAT HIV BUKAN HUKUMAN MATI!
Kita punya pilihan untuk terus hidup seperti mereka yang lain.

Ok kita jumpa next entry ya. Jumpa lagi!

Doa Agar selalu melakukan kebaikan & mendapat Motivasi daripadanya

by Ustaz Zahazan Mohamed on Saturday, August 27, 2011 at 1:31pm
 
اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ ، وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي ، وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةً فِي قَوْمِي فَتَوَفَّنِي إِلَيْكَ وَأَنَا غَيْرُ مَفْتُونٍ ، اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ ، وَحُبًّا يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar terdorong sentiasa melakukan ketaatn, ,meninggalkan perkara munkar, mencintai orang2 miskin, dan agar Engkau mengampunkan aku dan mengasihaniku.Aku mohon kepadaMu jika Engkau ingin mengenakan sesuatu musibah, maka matikan aku dalam keadaan selamat dari malapetaka itu.Ya Allah ! Aku mohon kepadaMu rasa cinta pdMu, cinta pd sesiapa yg menyintaiMu dan cinta yg menyampaikan aku kepada cintaMu. ( riwayat al-Hakim no 1932,al-mu’jam al-Kabir no 216 )



p/s: Semoga kita semua istiqamah dalam melakukan kebaikan dan amalan. Meninggalkan apa yang di larang dan menunaikan apa yang di tuntut oleh Allah S.W.T. dan semoga DIA tidak memalingkan hati-hati kita setelah Hidayah di berikan. Amin Amin Ya Rabbalalamin.

Petua Rasulullah S.A.W Buat Yang Menghidap Penyakit Kronik

Petua Rasulullah S.A.W buat yang menghidap penyakit kronik..

by Ustaz Zahazan Mohamed on Monday, September 19, 2011 at 3:25pm
Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.

p/s: Selain dari menjaga kesihatan dengan baik dan kekalkan kehidupan yang sihat, marilah kita usaha dengan mengikuti cara Rasulullah s.a.w. Bangun tahajud malam juga dapat melembutkan hati kita dan dapat memberi ketenangan apabila kita merayu dan bicara kepadaNYA. Moga di permudahkan segala urusan dunia dan akhirat.