DIARI AKU

BLOG INI HANYALAH CETUSAN RASA DAN PENGALAMA N SAYA DALAM MENJALANI HIDUP SETELAH DI DAPATI POSITIF HIV. IA JUGA BUKAN MEDAN BUAT SAYA MEMINTA SIMPATI DARI SESIAPA ATAU MANA-MANA PIHAK. SEMOGA IA MENJADI SALAH SATU WADAH UNTUK MEMBANTU SERBA SEDIKIT SESIAPA SAHAJA DI LUAR SANA MELALUI BLOG INI.

Thursday, February 17, 2011

Tabahlah wahai hati...

Assalamualaikum semua,

Hmmm baru hari ini dapat saya meluangkan sedikit masa untuk menulis sedikit didalam diari blog saya ini...
Hari isnin saya pulang lewat sehingga jam 3pagi baru sampai ke rumah, kerana pergi berguru di satu pondok di pinggir kuala lumpur
Semalam internet connection terlalu buruk, terputus-putus sehingga berjam2 ,jadi tidak berpeluang saya menulis juga..

Alhamdulillah hari ini internet connection kira ok je...

Hari ini saya pulang ke rumah jam 1230am, banyak kerja di pejabat sehingga saya pulang lewat malam. Saya perlu menyibukkan diri dan sentiasa meningkatkan rezeki diri dan keluarga sedaya termampu, selagi di izin Allah.. Ya Allah ya thanku , berikanlah aku kesihatan yang baik supaya aku bisa menyediakan bekalan kewangan yang baik buat keluarga ku, jika suatu hari nanti aku di takdirkan pulang ke pangkuan Mu...
Berikanlah aku masa lagi Ya Allah, tiada tempat aku merayu dan memohon dan meminta belas ihsan dan kasih sayang Mu selain hanya dari Mu Ya Tuhanku Ya rabbi Ya Rahim . Aku merayu di atas Zat dan Kekuasaan Mu Ya Allah, kasihanilah aku , anak2 ku dan isteriku, mereka tidak berdosa ya Allah...

Ya Allah ya tuhanku Aku redha dgn dugaan Mu ini, aku redha aku di lahirkan dgn naluri ini, cuma pintaku Kau tetatpkanlah hati dan iman ku. Aku telah bertaubat tidak mahu lagi melakukan dosa2 silam ku itu, kau matikanlah nafsu ku terhadap yang lain selain dari isteriku Ya allah, jangan lah kau memesong dan membalik-balikkan hati aku setelah hidayat yang kau berikan. Kasihanilah hamba Mu ini yang lemah dan tidak berkuasa.

Hari ini ketika aku menanggalkan pakaian untuk mandi setelah balik dr pejabat, aku terlihat ada kesan ruam merah dan ada sebiji ketulan sebesar butir beras berisi nanah di ruam itu.. Ya Allah ya tuhanku, adakah aku telah mula mendapat tanda2 pesakit HIV....

Ya Allah kuat kanlah semangatku, kerana sesungguhnya aku takut memikirkan hari esok... aku perlu keluar untuk bekerja dan bertemu orang ramai untuk menjalankan tugas aku demi untuk mencari rezeki buat keluarga Ya Allah, tolonglah Hamba Mu ini... aku takut ya Allah sekiranya aku tidak bekerja maka apa hal nya nanti anak2 di rumah ku itu ya allah... isteri dan anak2 ku perlukan abahnya untuk meneruskan hari2 seterusnya...

Aku tidak menyesal di lahirkan sebagai Gay, itu yang telah engkau tentukan ujiannya buat hamba mu ini di muka bumi Mu Ya Allah, maka engkau permudahkanlah buat aku menghadapi ujian seumur hidup ku ini Ya Allah. SesungguhNya engkau Maha Adil dan Maha Pengasih, jgn lah engkau timpa kan ujian yang tidak mampu aku pikul Ya Allah.....

Buat anda di luar sana, janganlah memandang hina insan seperti kami, kerana kami ini juga Hamba dan mahluk yang di ciptakan Allah, tiada manusia yang mahu di lahirkan dgn naluri yang cenderung kepada jantinanya. Allah mengatur alam ini dgn pelbagai bentuk dan warna. maka org seperti kami ini adalah antara warna yang telah dicorakkan dan di tentukan sebelum di lahirkan. Itu ujian buat insan2 seperti kami. Doakanlah agar kami dapat menghadapi ujianNya dan janganlah di cerca nista dgn pelbagai kata2 yang menjatuhkan semangat dan maruah kami....

sekian


mencari kasih

Monday, February 14, 2011

Esok Masih Ada...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Saya dahulukan dengan ucapan alhamdulillah, syukur kehadrat illahi kerana mengizinkan saya melihat cahaya pagi ahad dan menghirup udara segar bagi mengisi setiap jisim tubuh badan saya , dari paru2 ke jantung ke urat saraf dan ke otak seterusnya ke setiap anggota tubuh badan dan setiap deria rasa.. Ya allah ya tuhanku syukur engkau telah mengizinkan hambamu ini menikmati hari ini bersama keluarga yang penuh bermakna..

Cukup bahagia saya melihat anak2 dan isteri di depan mata, walau pelbagai kerenah anak2 yang sentiasa menceriakan isi rumah saya, yang bergaduh ketika bermain, yang menangis, yang asyik melihat tv dan yang paling menyentuh dan mencuit hati si ucu anak yg bongsu berusia 2 tahun pantang melihat saya, pasti di panggilnya abah! abah! abah! selagi tidak di balas panggilannya selagi itu dia akan memanggil2... kemudian dia berlari mendapatkan saya dan memeluk saya sambil berkata ... ayang abah (sayang abah).... saya pun membalas sambil berkata sayang ucu jugak... sambil saya memeluk tubuh kecilnya kemas2, tidak mahu saya lepaskan ucu yang tak mengetahui apa2 pasal abahnya...
saya usap sambil mencium bau rambutnya yang kerinting melekap dikepala itu, sambil hati berkata2 sampai bila lah bisa abahmu ini mememluk dan mencium pipimu ini anakku....

tidak banyak yang saya lakukan hari ini, cuma seawal pagi seperti hari2 minggu yang lain saya ke pasar membeli barang keperluan dapur, membaca akhbar ahad (tidak boleh tidak) , sudah menjadi kebiasaan setiap hari saya mesti membaca akhbar, kalau tidak terasa betapa kurang lengkap hidup saya tanpa berita suratkhabar...

alhamdulillah Saya dapat berjemaah bersama keluarga, suatu benda yang berharga yang saya hendak terapkan kepada anak2 saya, iaitu ilmu agama, kerana dengan ilmu agama sahajalah dapat membentengkan diri mereka dari anasir2 negatif di luar sana dan di dlm diri mereka...

Sebagai penghidap HIV amat penting sesorang pesakit itu dapat mengawal emosi supaya sentiasa bermotivasi dan berfikiran positif , ini penting kerana emosi yang bercelaru, murung dan bersedih akan membahayakan nyawa pesakit HIV , kerana ia boleh mengakibatkan tahap CD4 di dalam darah pesakit jatuh ketahap berbahaya iaitu AIDS.

CD4 adalah tahap yang diukur di dalam darah pesakit HIV, iaitu ia di ukur dari 1000 sehingga ke 300, jika tahap CD4 semakin berkurang, kurang dari 300 maka pesakit sudah di kategori sebagai AIDS, dan harus memulakan medication supaya menstabilkan kembali ke tahap lebih dari 300.

Saya juga ingin berkongsi phobia saya di rumah, dimana sejak disahkan HIV, saya mula membuat langkah2 keselamatan di rumah, dimana saya mengasingkan pisau cukur dan berus gigi saya.
Saya juga memastikan pengudaran di rumah sentiasa bersih dan segar dengan memastikan pintu dan tingkap sentiasa di buka supaya udara dapat keluar dan masuk dengan bebas..



Maulidur rasul bakal menjelma 2 hari lagi, marilah kita muhasabah diri kita bagaimana perjuangan rasullullah ketika hayatnya, rasullullah dikatakan bertaubat beratus-ratus kali sehari, bayangkan rasullullah yang maksum iaitu memang tiada dosa dan di janjikan syurga oleh Allah taala, masih lagi beristighfar apatah lagi kita ini yang sentiasa lupa dan lalai.... Insyaallah allah bersama2 mereka yang suci bersih hatinya yang sentiasa bertaubat dan mengingatiNya selalu..

Cukup buat kali ini saya menulis di dalam blog untuk hari ini, insyaallah di izinkan allah saya akan menulis kembali esok diari hidup saya...

Segala yang baik datangnya dari Allah Azza wajallah , dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.. berserahlah hidup dan mati kepadaNya pemegang kunci timur dan barat. wallahualam

sekian

mencarikasih     

Sunday, February 13, 2011

Menanti Hari...

Assalamualaikum semua,

perghh mencabar jugak untuk saya masuk kembali ke dalam blog, sebab saya tidak tahu bagaimana mencari detail blog saya... maklum lah tidak pernah berkecimpung dlm blogging ni..

anyway bagi saya blog ini merupakan diari buat saya, supaya saya bisa meluahkan apa yg terpendam di dalam hati sanubari ini....

Saya sedang menanti hari dan masa yang sesuai untuk saya memberitahu isteri saya akan status kesihatan saya.... bermacam perasaan timbul... takut , keliru dan berdosa silih berganti.....

Takut dia tidak boleh menerima keadaan suaminya, dan takut dia juga di jangkiti.. Nauzubillah Ya Allah jauhkan lah musibah ini dari isteri dan anak2 ku... sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segalanya jika engkau kehendakinya...

Keliru bagaimana hendak menyusun ayat yang berhemah agar dia boleh menerima keadaan sebenar...
Rasa berdosa terhadapnya kerana curang terhadapnya selama ini.......

Ya Allah beri lah aku sekeluarga kesudahan yang baik bagi kami sekeluarga dan jauhkan lah kesudahan yang buruk buat kami.....

Hari ini saya menghabiskan masa di rumah, sebab cuti sabtu... tiap kali saya cuba berkeadaan senormal mungkin di hadapan anak2 dan isteri...
Di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa sayu nya melihat wajah anak2 dan isteri..
biarlah saya namakan anak sulung perempuan saya hanya sebagai along, dan adik2 lelakinya saya namakan angah, achik dan ucu...
along baru darjah 4, angah darjah 3, achik prasekolah usia 5 tahun dan ucu baru menginjak 2tahun bulan lepas...

Saya sering mengusap kepala anak2 dengan penuh kasih sayang, sayu apa yang telah terjadi serta mengharap yang terbaik buat semua....

Buat isteriku, abang memohon ampun atas apa yang telah terjadi..... bukan selama ini saya tidak sayangkan isteri... cuma saya cepat baran apabila sering sangsi terhadap tanggungjawab saya serta kasih sayang saya selama ini....akhirnya saya mengikut kata hati yang berkata alang-alang aku tak buat di tuduh selalu , biar aku buat betul2...... akhirnya ia menjerat diri.... betullah kata pepatah melayu.... ikut hati kita mati, ikut nafsu kita lesu....
Tiap kali melihat mereka saya berdoa agar saya dapat melihat mereka membesar dan dewasa serta sihat... tidak dapat saya bayangkan sekiranya saya tiada lagi ketika mereka amat memerlukan abah dan ibunya...

Saya cuba menanam semangat postif semahunya didalam diri dan seoptimis mungkin bahawa saya masih boleh hidup 10,20 dan 30 tahun lagi.... begitulah kata doktor saya tempoh hari.. dengan perubatan moden sekarang tidak mustahil ia berlaku.. insyaallah

Setiap hari saya tidak putus2 berdoa selepas solat agar Allah menyembuhkan saya dan menjauhi musibah ini dari keluarga saya... kerana saya percaya Allah itu maha penyayang lagi maha berkuasa terhadap hambanya... tiada sesuatu yang mustahil dengan izin dariNya.. Insyaallah.

Saya telah redha atas apa yang berlaku kepada saya ini, adalah ujian Allah kepada hambaNya.... Sesungguhnya dia lebih mengetahui atas sesuatu segalaNya... Ada hikmahnya...dan saya rasa saya telah menemui hikmah di sebalik penyakit ini...

Saya lebih menghargai masa, lebih bekerja keras untuk ekonomi keluarga, melebihkan masa untuk anak2 dan isteri, dapat solat berjemaah bersama, tiada lagi pertengkaran bersama isteri......sehingga dia pernah berkata yang saya kini telah berubah dari kelakuan yang lalu, yang panas baran, yang tidak bersolat ....dan yang paling penting dapat mendekatkan diri lagi dengan DIA.. Allah Taala yang bijaksana menyusun alam ini serta kejadiannya...

jika hanya dengan penyakit ini sahajalah yang dapat menghapus dosa2 saya selama ini dan dapat mendekatkan diri dan mengenal Allah dan mengembalikan saya ke jalan yang DIA redhai... maka saya redha.. Allah itu maha Pengampun Lagi maha penyayang dan dia sesekali tidak zalim sifatnya...
Sentiasa bersangka baik kepadaNya dan setiap ujian yang diberikan... sesungguhnya Allah akan bertindak mengikut apa yang disangka(kata hati) hambaNya, jika baik maka baiklah yang kita dapat..jika buruk maka buruk lah yang di makbulkan.. wallahualam...

Ya Allah permudahkan lah buat hamba mu ini menghadapi ujian mu yang maha hebat ini... insyaallah saya akan memberitahu isteri saya perkara sebenar pada malam sabtu depan selepas saya pulang dari belajar agama.. Hanya kepadaMu ku berserah Hidup dan matiku Ya Allah Ya rab...

Jam sudah menunjukkan jam 3pagi sekarang... baiklah saya berundur dulu.. sebarang komen dialu-alukan buat anda semua..

sekian

wassalam

Mencarikasih

Saturday, February 12, 2011

Hidup untuk keDua kalinya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda di luar sana, maaf kiranya terdapat banyak kelemahan di dalam blog ini, kerana ini adalah pertama kali saya menulis blog..

Bagi saya blog ini lah catatan hidup saya yang saya ingin kongsi buat mereka yang senasib atau panduan dan tauladan supaya jangan terjebak dengan virus HIV ini... Besar harapan saya supaya anda di luar sana dapat berkongsi jua nasihat dan pendapat buat saya dan mereka yang berjuang untuk hidup setelah di sahkan HIV.. semoga jasa baik anda di balas sejuta rahmat dan kebaikkan buat tuan-tuan nanti , insyaallah..


Hari ini hampir 4 bulan saya di sahkan HIV positif, pertama kali saya mendapat tahu saya menghidap HIV, saya rasa segala isi langit dan dunia jatuh menghempap ke kepala saya, gelap hitam kabur kelam, degup jantung bagai terhenti,nafas tak mampu di hela, lutut longlai dan sememangnya itu adalah hadiah paling rmahal yang pernah saya terima sepanjang 36 tahun bernafas di bumi yang fana ini, kerana hari lahir saya cuma dua tiga hari bakal menjelang ketika itu.

Air mata berkaca tanpa dapat di tahan-tahan dan bagai anak kecil yang kehilangan ibu, saya menangis di hadapan doktor sambil di fikiran bagai terbuka segala helaian gambar satu persatu terbayangkan wajah anak-anak yang masih kecil dan isteri yang sentiasa sabar dengan kerenah saya selama ini......

Perasaan takut, bersalah, berdosa, sesal, sedih semuanya bercampur baur... saya hilang punca.. di saat itu terlintas ada baiknya nyawa ini terus di cabut daripada menghadapi penyakit ini....
Sambil berfikir Ya allah ini lah balasan nya buat diri ini, yang sentiasa tewas kepada bisikan syaitan dan nafsu... saya tewas dan tewas dan tewas......

Baiklah biar saya ceritakan siapa diri saya dan bagaimana saya di jangkiti penyakit ini,
saya anak ke empat daripada 8 adik beradik, dan sejak dari kecil saya sentiasa tahu saya berbeza daripada adik beradik yang lain....

Saya lelaki tetapi mempunyai naluri yang kuat terhadap kaum sejenis.... dalam erti kata lain saya gay, mungkin ini ujian saya yang Allah berikan untuk saya... atau mungkin saya mengalami kekeliruan identiti sejak dari kecil lagi seawal umur saya 4-5 tahun lagi rasanya kerana saya belum bersekolah lagi ketika itu, di mana saya rapat dgn makcik saya, dan dia gemar memakaikan saya dgn pakaian kakak2 saya dan mendandan saya dgn alat mekap nya... ya saya masih ingat lagi detik itu. kemudian saya gemar memakai baju kakak saya dan berdandan... alhamdulillah tabiat itu tidak lama apabila sy menjejakkan kaki ke sekolah...
tetapi perasaan terhadap lelaki tetap ada...

Di pendekkan cerita saya membesar dgn dua personaliti berbeza, satu lelaki normal di kaca mata org luar.. tetapi di dalam saya menjerit jerit meronta ingin melawan fitrah yg ada...

Saya berkahwin dgn satu2nya wanita yang berjaya menambat hati saya, dan saya percaya ini semua ketentuan tuhan... namun sepanjang perkahwinan kami , kami lebih banyak bertengkar berbanding berkomunikasi... walaupun telah di kurniakan empat anak.... dan saya tahu saya tidak berlaku adil kepadanya ..... setiap kali saya bertengkar saya menjadikkan itu satu modal untuk saya berlaku curang di luar bersama lelaki.. saya berasa puas membalas dendam terhadapnya dgn membuat perkara yg trlarang itu... berulang2 kali.... saya semakin hanyut dgn nafsu saya... di tambah lagi dgn pergaulan rakan seangkatan (gay)...

walaupun saya menjalankan tanggungjawab makan pakai anak2 dan isteri di rumah .. saya tetap melayani nafsu syaitan ini tanpa mengenal hari... saya jadi ketagih seks lelaki.... Ya Allah ya tuhanku terlalu lemah dan dgn senang saya melayan bisikan nafsu .... tiap kali saya melakukan maksiat , saya akan menyesal dan rasa berdosa kpd tuhan dan keluarga.... tapi bila keinginan itu timbul saya tetap melakukannya...

Setelah di sahkan HIV, saya gagahkan diri mencari sokongan daripada pihak kesihatan dan badan2 ngo yang sentiasa membantu orang-orang seperti saya..

Kenapa saya kata saya mendapat hidayat selepas HIV?.....
kerana buat pertama kalinya dalam hidup saya.. baru saya rasa betapa dunia ini penuh seribu kenikmatan dan rahmat serta kebesaran tuhan... saya mula kenal kembali tikar sejadah.. saya mencari guru agama yang boleh membimbing kembali rohani saya yang telah lama kelam dan hilang....
Buat pertama kalinya saya berjemaah sekeluarga di rumah bersama anak2 yg kecil itu dan isteri saya...
kalau dulu saya rasa malu untuk menjadi imam di rumah, kerana saya tidak banyak menghafal ayat2 lazim, tetapi kini itu bukan pokok nya lagi....

Sedikit demi sedikit saya dapat menerima hakikat yang diri ini adalah HIV positif.. dan saya perlu hidup dan terus hidup untuk membesarkan anak2 dan menjadik tempat buat mereka dilindungi, dirmanja dan di belai....
saya perlu hidup untuk mereka untuk melihat anak2 membesar, bekerja, mendirikan rumahtangga dan melihat cucu saya nanti... saya perlu terus hidup untuk melindungi dan menyayangi isteri saya yang sentiasa setia berkorban selama ini....

Alhamdulillh...mungkin ini caranya untuk Allah menyedarkan saya dan kembali kepada jalan yang Dia redhai sebelum mata ini tertutup dan kembali kepangkuanNYA sebagai hambaNya yang mukmin....

Saya banyak membaca kitab2 agama untuk menguatkan semangat dan sebagai panduan selain dari berguru dengan seorang ustaz mengenai agama ....

Saya lebih banyak mensyukuri nikmat allah, sentiasa memandang baik setiap kejadiaan yang telah di tentukan oleh Allah... baik berupa kenikmatan mahu pun musibah...

Allh ada berfirman lebih kurangnya begini, Jika seseorang hambaNya datang kepadaNya dgn Dosa setinggi langit dan seisi perut dunia skali pon, namu jika dia bertaubat maka sesungguhnya akan Allah ampunkan dosa hambaNya itu, selagi hamba itu tidak melakukan dosa syirik...

Saya melihat musibah yang datang ini telah mendekatkan diri saya kepada Azza wajjalah dan mereka di sekeliling saya..

Hidup di dunia ini hanya pinjaman, yang kekal hanyalah Amal yang akan kita bawa di alam seterusnya..
Berjuta nikmat yang allah telah kurniakan selama ini kepada saya... diambilnya satu daripada saya, tetapi saya masih ada beribu2 lagi nikmat yang ada seperti anggota tubuh badan, keluarga, udara untuk bernafas dsbgnya...

Segala yang berlaku di dalam hidup kita telah tercatat di alam loh mahfuz lagi iaitu ketika kita di alam roh lagi... iaitu siapa ibu bapa kita, adik beradik kita, siapa isteri/suami kita, anak2 kita... nikmat dan dugaan yang akan kita tempuhi dan sebagainya.... musibah dan nikmat ini merupakan dugaan anak adam , dimana Allah menguji sejauh mana keimanan hambaNya ketika hidup di dunia ini....
Maka walau bagaimana kita mengelak skali pun, kita tetap akan menempuh benda yang telah ditetapkan oleh NYa...... terserah kepada hambanya untuk memilih jalan penyelesaiannya samada putih atau pun hitam... jika putih berbahagia lah di akhirat sana... jika hitam maka azab lah yang menunggu....

Ketentuan ini merupakan Qada dan Qadar di dalam rukum iman... maka sekiranya menidakkan ketentuan tuhan bererti menidakkan Allah itu sendiri.....

Dilema saya sekarang bagaiman ingin memberitahu berita ini kepada isteri secara bijaksana dan supaya dia boleh menerima keadaan ini dan juga membawa dia melakukan pemeriksaan darah... Nauzubillah semoga allah menjauhi musibah ini dari isteri dan anak2 saya....

Jam pun dah masuk pukul 5pagi.. subuh hampir menjelang.. cukup lah buat masa ini catatan hati saya buat kali ini...

di harap anda diluar sana dapat memberikan nasihat dan pandangan kepada saya dan mereka yang senasib seperti saya...

Jangan lah memandang serong kepada seseorang itu walau dalam apa keadaan sekali pun.. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. wallahualam

Sekian .. Wasalam

MencariKasih