DIARI AKU

BLOG INI HANYALAH CETUSAN RASA DAN PENGALAMA N SAYA DALAM MENJALANI HIDUP SETELAH DI DAPATI POSITIF HIV. IA JUGA BUKAN MEDAN BUAT SAYA MEMINTA SIMPATI DARI SESIAPA ATAU MANA-MANA PIHAK. SEMOGA IA MENJADI SALAH SATU WADAH UNTUK MEMBANTU SERBA SEDIKIT SESIAPA SAHAJA DI LUAR SANA MELALUI BLOG INI.

Monday, February 14, 2011

Esok Masih Ada...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Saya dahulukan dengan ucapan alhamdulillah, syukur kehadrat illahi kerana mengizinkan saya melihat cahaya pagi ahad dan menghirup udara segar bagi mengisi setiap jisim tubuh badan saya , dari paru2 ke jantung ke urat saraf dan ke otak seterusnya ke setiap anggota tubuh badan dan setiap deria rasa.. Ya allah ya tuhanku syukur engkau telah mengizinkan hambamu ini menikmati hari ini bersama keluarga yang penuh bermakna..

Cukup bahagia saya melihat anak2 dan isteri di depan mata, walau pelbagai kerenah anak2 yang sentiasa menceriakan isi rumah saya, yang bergaduh ketika bermain, yang menangis, yang asyik melihat tv dan yang paling menyentuh dan mencuit hati si ucu anak yg bongsu berusia 2 tahun pantang melihat saya, pasti di panggilnya abah! abah! abah! selagi tidak di balas panggilannya selagi itu dia akan memanggil2... kemudian dia berlari mendapatkan saya dan memeluk saya sambil berkata ... ayang abah (sayang abah).... saya pun membalas sambil berkata sayang ucu jugak... sambil saya memeluk tubuh kecilnya kemas2, tidak mahu saya lepaskan ucu yang tak mengetahui apa2 pasal abahnya...
saya usap sambil mencium bau rambutnya yang kerinting melekap dikepala itu, sambil hati berkata2 sampai bila lah bisa abahmu ini mememluk dan mencium pipimu ini anakku....

tidak banyak yang saya lakukan hari ini, cuma seawal pagi seperti hari2 minggu yang lain saya ke pasar membeli barang keperluan dapur, membaca akhbar ahad (tidak boleh tidak) , sudah menjadi kebiasaan setiap hari saya mesti membaca akhbar, kalau tidak terasa betapa kurang lengkap hidup saya tanpa berita suratkhabar...

alhamdulillah Saya dapat berjemaah bersama keluarga, suatu benda yang berharga yang saya hendak terapkan kepada anak2 saya, iaitu ilmu agama, kerana dengan ilmu agama sahajalah dapat membentengkan diri mereka dari anasir2 negatif di luar sana dan di dlm diri mereka...

Sebagai penghidap HIV amat penting sesorang pesakit itu dapat mengawal emosi supaya sentiasa bermotivasi dan berfikiran positif , ini penting kerana emosi yang bercelaru, murung dan bersedih akan membahayakan nyawa pesakit HIV , kerana ia boleh mengakibatkan tahap CD4 di dalam darah pesakit jatuh ketahap berbahaya iaitu AIDS.

CD4 adalah tahap yang diukur di dalam darah pesakit HIV, iaitu ia di ukur dari 1000 sehingga ke 300, jika tahap CD4 semakin berkurang, kurang dari 300 maka pesakit sudah di kategori sebagai AIDS, dan harus memulakan medication supaya menstabilkan kembali ke tahap lebih dari 300.

Saya juga ingin berkongsi phobia saya di rumah, dimana sejak disahkan HIV, saya mula membuat langkah2 keselamatan di rumah, dimana saya mengasingkan pisau cukur dan berus gigi saya.
Saya juga memastikan pengudaran di rumah sentiasa bersih dan segar dengan memastikan pintu dan tingkap sentiasa di buka supaya udara dapat keluar dan masuk dengan bebas..



Maulidur rasul bakal menjelma 2 hari lagi, marilah kita muhasabah diri kita bagaimana perjuangan rasullullah ketika hayatnya, rasullullah dikatakan bertaubat beratus-ratus kali sehari, bayangkan rasullullah yang maksum iaitu memang tiada dosa dan di janjikan syurga oleh Allah taala, masih lagi beristighfar apatah lagi kita ini yang sentiasa lupa dan lalai.... Insyaallah allah bersama2 mereka yang suci bersih hatinya yang sentiasa bertaubat dan mengingatiNya selalu..

Cukup buat kali ini saya menulis di dalam blog untuk hari ini, insyaallah di izinkan allah saya akan menulis kembali esok diari hidup saya...

Segala yang baik datangnya dari Allah Azza wajallah , dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.. berserahlah hidup dan mati kepadaNya pemegang kunci timur dan barat. wallahualam

sekian

mencarikasih     

2 comments:

  1. Saya pun fobia sampai suruh hmate kuar rumah
    beli klorok & dettol utk cuci lantai & baju
    Bantu saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Mula2 mmg fobia. Selalu menangis. Mana nak mengadu? Hanya DIA yg mendengar. Mohon kekuatan dariNYA.

      Cari kawan yg sangat rapat & yakin dia boleh jd pendengar setia...& boleh tutup aib kita. Cara itu akan redakan fobia kita. Insyaallah...kalau kita kuat, kita boleh lawan.

      T_83

      Delete